15 delegasi teruja dengan modul Pusat Ulul Albab dari universiti tempatan
15 delegasi teruja dengan modul Pusat Ulul Albab dari universiti tempatan

15 delegasi teruja dengan modul Pusat Ulul Albab dari universiti tempatan

Roshlawaty Md Raieh
10 Jul 2022 10:17pm
A
A
A

Program dan modul yang ditawarkan Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menarik minat 15 delegasi Skuad Az-Zahra Care untuk perkongsian maklumat perundingan dan kerjasama bagi program akan datang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPSI, Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin berkata, minat yang ditunjukkan Skuad Az-Zahra Care itu jelas memperlihatkan kualiti dan keberkesanan modul-modul yang dibangunkan oleh PUA itu sendiri.

Menurut Norkhalid, mereka mengalu-alukan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memanfaatkan modul-modul yang dibangunkan oleh tenaga pakar UPSI yang kreatif dan berwibawa.

Norkhalid

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Skuad Az-Zahra Care, Muhammad Sulaiman berkata, beliau berbesar hati kerana PUA sudi menerima kunjungan delegasi mereka dan menawarkan khidmat kepakaran untuk berkongsi modul-modul terbitan PUA.

“Kami berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh pusat ini dalam menerapkan keseimbangan antara aktiviti dan pembelajaran.

“Malah, kaedah tersebut yang mampu menarik minat terutamanya masyarakat Orang Asli dalam aktiviti dakwah yang dianjurkan menunjukkan bahawa modul PUA diterima ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PUA, Profesor Dr Abdul Halim Ali pula berkata, PUA mampu menyediakan kepakaran daripada pelbagai bidang dan perkongsian pembinaan modul juga dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Jelasnya, modul yang dibangunkan oleh pusat itu berkesan dalam membangunkan motivasi dan modal insan peserta yang mengikutinya kerana diterapkan berbagai elemen islamik sebagai panduan kehidupan.

Penyelaras 1 PUA, Dr Sakinah Salleh menjelaskan, PUA telah berjaya menjadi pusat latihan kepada pelajar menggunakan elemen Quranik, Ensiklopedik, Ijtihadik (QEI) dan juga sebagai pusat perkongsian latihan kepada pihak luar yang memerlukan khidmat perundingan.

Artikel berkaitan 

Lukis potret guna tangan dan kaki, bakat luar biasa Cikgu Saiful buat ramai terpegun

Pensyarah bina aplikasi ‘Track Me’ pantau pergerakan kanak-kanak, jaga keselamatan aset

Graduan UUM bawa gambar arwah bapa masa konvo


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok