2 program PJK dapat akreditasi penuh 2021-2025 daripada MBOT
2 program PJK dapat akreditasi penuh 2021-2025 daripada MBOT

2 program PJK dapat akreditasi penuh 2021-2025 daripada MBOT

Roshlawaty Md Raieh
11 Jan 2023 01:49pm
A
A
A

Politeknik Jeli Kelantan (PJK) mendapat akreditasi penuh bagi program Diploma Akuakultur dan Diploma Agroteknologi selama lima tahun bermula kohort bergraduasi tahun 2021 hingga 2025 daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Menurut Pengarah PJK, Ulaimi Yahya, MBOT adalah salah satu badan profesional baru yang memberikan pengiktirafan profesional kepada Teknologis dan Juruteknik dalam bidang berkaitan teknologi dan teknikal.

“Dengan pengiktirafan ini, PJK terbukti mampu menghasilkan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang berkualiti, holistik dan bercirikan keusahawanan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Ini dapat dilihat menerusi hasil laporan kajian pengesanan graduan TVET di mana institusi ini berjaya melepasi sasaran nasional dengan kebolehpasaran graduannya sehingga 99 peratus,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

Tambah Ulaimi, program Diploma Akuakultur dan Diploma Agroteknologi di politeknik ini sememangnya menyediakan tenaga pakar yang mahir dalam bidang berkenaan.

“Dengan kepakaran dan kemahiran yang ada serta fasiliti yang lengkap, maka hala tuju PJK dilihat akan sentiasa bergerak maju selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang memfokuskan kepada pertanian pintar,” jelasnya.

INFO

  • Akreditasi merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) (sebagai contoh) kepada kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian.
  • Perakuan akreditasi adalah satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan telah mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan MQA atau agensi lain dan ia adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).
  • Manakala MBOT pula merupakan sebuah badan profesional baru yang memberikan pengiktirafan profesional kepada Teknologis dan Juruteknik dalam bidang teknologi dan teknikal.
  • Ia ditubuhkan untuk mengiktiraf, mengawal, menggalak dan membangunkan profesion teknologis dan juruteknik sebagai profesion ikhtisas.

Artikel berkaitan 

Pelajar Politeknik cipta Pro-Filler, inovasi bantu tingkatkan pengeluaran bantal kekabu

Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat

Nur Aliya rangkul Anugerah Keusahawanan Kolej Komuniti kerana berjaya jana RM15,000 sebulan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok