Nur Aliya rangkul Anugerah Keusahawanan Kolej Komuniti kerana berjaya jana RM15,000 sebulan
Nur Aliya rangkul Anugerah Keusahawanan Kolej Komuniti kerana berjaya jana RM15,000 sebulan

Nur Aliya rangkul Anugerah Keusahawanan Kolej Komuniti kerana berjaya jana RM15,000 sebulan

webadmin
21 Oct 2022 12:55pm
A
A
A

Minat mendalam dalam bidang keusahawanan dan kecantikan melayakkan seorang pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah merangkul Anugerah Keusahawanan Kolej Komuniti.

Nur Aliya Saffiya Mohd Azhan, 23, yang juga pemegang Diploma Terapi Kecantikan terpilih menerima anugerah tersebut berdasarkan pencapaian pendapatan bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM15,000.

Dia yang juga pemilik Yaya Saffiya Empire berkata, perkhidmatan 'mobile spa' yang diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan walaupun hanya menggunakan media sosial sebagai teknik pemasaran.

“Semua ini bermula sejak saya berusia 20 tahun lagi ketika dalam bidang pengajian Sijil Terapi Kecantikan dan Spa di kolej sama.

“Selepas habis kelas, saya akan turun ke bilik spa Kolej Komuniti Sungai Petani untuk menyediakan servis rawatan kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, walaupun hanya menerima upah daripada pengurus spa ketika itu, namun pengalaman yang diperoleh sepanjang bekerja tidak ternilai harganya.

“Saya tidak pernah terfikir akan menjadi usahawan seperti hari ini tetapi keinginan untuk mencari duit sendiri menyebabkan saya terus berniaga sehingga kini,” katanya yang berhasrat mengeluarkan produk kecantikan jenamanya sendiri.

Tambahnya, ada sesetengah pelajar enggan memilih kolej komuniti untuk menyambung pelajaran kerana pelbagai stigma dan tanggapan negatif.

Bagaimanapun, menurut Nur Aliya Saffiya, kolej komuniti sebenarnya memberi banyak peluang perniagaan kepada pelajar, selain kemahiran-kemahiran tertentu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan 

“Mereka tak mahu ambil saya bekerja kerana diri tidak sempurna” - Luahan hati graduan OKU buat ramai sebak

Kolej Uniti jalin kerjasama dengan IPB University dalam bidang halal global

Jangan abaikan 7 tip penting ini untuk menjadi guru yang cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok