uum-abc
uum-abc

20 warga UUM sertai Misi Kemanusiaan UUM-ABC

Adlan Farhan Azwan
15 Sep 2022 09:13am
A
A
A

Seramai 16 staf akademik dan empat staf pentadbiran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), Profesor Dr Nor Aziah Abd Manaf, akan menyertai Misi Kemanusiaan UUM - Kem Pangkalan Annapurna (ABC) Endurance Challenge 2022 bertemakan ‘Humanizing Education’ pada 19 September ini.

Menurut Nor Aziah, semua peserta yang akan menyertai program selama 13 hari ini telah bersedia dari segi fizikal dan mental termasuk merancang beberapa aktiviti ketika di Kem Pangkalan Annapurnal, Nepal, yang melibatkan pelajar tahfiz dan penduduk di situ.

“Saya berharap misi kemanusiaan ke ABC ini dapat memberi impak yang positif kepada warga universiti di peringkat antarabangsa,” katanya ketika menghadiri majlis penerimaan cek penajaan di Wisma Epic Valley, Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tan Sri Profesor Fng Ah Seng (tengah), Profesor Dr Russayani Ismail (kanan) dan Profesor Dr Nor Aziah Abd Manaf (kiri).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Russayani Ismail pula berkata, program yang ditunda sejak Mac 2020 akibat pandemik Covid-19 akan diteruskan pada tahun ini dengan kerjasama Epic Valley Holdings, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng dan beberapa penaja lain.

“UUM berterima kasih kepada Pengarah Urusan Epic Valley Holdings dan Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Tan Sri Profesor Dr Fng Ah Seng kerana sudi menyumbangkan RM40,000 bagi menjayakan misi ini.

Tan Sri Profesor Fng Ah Seng (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada Profesor Dr Russayani Ismail.

“Saya berharap agar sumbangan dan sokongan ini dapat merealisasikan hasrat Misi Kemanusiaan UUM-ABC bagi mencapai objektifnya,” katanya ketika berucap sempena penerimaan cek penajaan di Wisma Epic Valley, Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sementara itu, Ah Seng yang juga merupakan Profesor Adjung TISSA-UUM, berharap supaya semua peserta yang akan menyertai misi ini telah bersedia dari segi semua aspek dan membawa nama universiti ke puncak dunia.

Tan Sri Profesor Fng Ah Seng berkongsi cerita melalui buku yang dihasilkan ketika beliau menyertai ekspedisi mendaki gunung.

“Saya sentiasa memberi sokongan terutama program-program yang melibatkan pusat pengajian tinggi,” jelas beliau.

Semua peserta dijangka bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 September ini pukul 11 pagi dan dijangka tiba semula di KLIA pada 1 Oktober ini pukul 5.10 pagi.

Artikel berkaitan

Jalin kerjasama dengan 20 universiti di Indonesia, usaha UUM kukuhkan pengantarabangsaan

Alumni bakal kibar bendera UPM di puncak Everest

25 pelajar berjaya tawan Puncak Sapu Tangan dan Tasik Cermin


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok