3
3

Jalin kerjasama dengan 20 universiti di Indonesia, usaha UUM kukuhkan pengantarabangsaan

Adlan Farhan Azwan
01 Sep 2022 01:33pm
A
A
A

Dalam usaha melahirkan para graduan yang kompeten dan berdaya saing, universiti tempatan digalakkan untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan universiti antarabangsa.

Sehubungan itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyahut seruan tersebut apabila berjaya menarik minat 20 institusi pengajian tinggi (IPT) di Indonesia bagi menjalinkan hubungan kerjasama.

Antara 20 IPT yang terlibat ialah Universitas Islam Sultan Agung di Jawa Tengah, Universitas Ahmad Dahlan di Jogjakarta, Universitas Hasanuddin di Sulawesi Selatan, Universitas Mulawarman, Samarinda dan Universitas PGRI Kanjuruhan Malang di Kota Malang.

Selain itu, turut menjalinkan kerjasama dengan UUM ialah Asosiasi Perguruan Tinggi Swasta yang mempunyai 4,000 IPT swasta di bawahnya yang akan menghantar lebih ramai staf mereka untuk menyambung pendidikan tinggi di UUM.

Sebahagian pelajar yang menerima surat tawaran pengajian dari UUM.

Universiti lain termasuklah Universitas Muhammadiah Jakarta, Universitas Muhammadiah Tangerang, Universiti Negeri Jakarta, Universiti Brawijaya dan Universiti Trisakti.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kerjasama yang dipersetujui melibatkan aspek kerjasama penyelidikan, pembangunan program mobiliti pelajar, pertukaran staf bagi kedua-dua universiti, perkongsian pintar fasiliti, penganjuran persidangan seminar secara bersama dan penawaran program di peringkat sarjana muda, sarjana dan Doktor Falsafah.

Katanya, majlis menandatangani secara besar-besaran yang diadakan secara tidak langsung menunjukkan keyakinan IPT di negara jiran itu terhadap reputasi universiti keenam negara ini masih kukuh dan dialu-alukan semua pihak.

“UUM juga akan bekerjasama dengan 30 universiti lain di Indonesia dalam tempoh terdekat.

“Saya berharap menerusi lawatan kerjasama akademik ini, UUM akan terus menyambung hubungan dengan pelbagai pihak terutamanya Asosiasi Perguruan Tinggi Swasta,” jelasnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Turut diadakan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu ialah Pameran UUM Edufair di Hotel Royal Kuningan, Jakarta selama sehari yang dikendalikan bersama ejen-ejen di Indonesia.

Haim Hilman semasa di Pameran UUM Edufair di Hotel Royal Kuningan, Jakarta bersama pegawai kedutaan Malaysia.

Dalam pada itu, 150 pelajar telah menerima surat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah bagi kemasukan semester akan datang

Selain mengukuhkan agenda pengantarabangsaan universiti, inisiatif tersebut diambil bagi mempromosikan UUM melalui jaringan alumni yang berada di Indonesia.

Seramai 80 alumni termasuk Mantan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Dr Marzuki Alie dan Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia, PT Borneo Alumnina Indonesia, Fredia Yuzirwan telah hadir pada majlis tersebut.

Artikel berkaitan

UKM jalin kerjasama dengan Bank Rakyat bagi Projek Wakaf Tunai

MoA antara UTeM dan HsH kukuhkan hubungan strategik Malaysia, Jerman

Jalinan kerjasama antara CPA Australia dan UNIRAZAK, usaha dalam memperkasa pemahaman sistem cukai negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok