3 universiti awam kongsi berita gembira menerusi penyertaan di PECIPTA 2022
3 universiti awam kongsi berita gembira menerusi penyertaan di PECIPTA 2022

3 universiti awam kongsi berita gembira menerusi penyertaan di PECIPTA 2022

Roshlawaty Md Raieh
30 Nov 2022 11:51am
A
A
A

Sejak Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula pada 1 hingga 3 November lalu, pelbagai kejayaan diraih universiti awam telah dikongsikan bersama Sinar Bestari.

Baru-baru ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi berita gembira mereka apabila merangkul sembilan pingat emas menerusi penglibatan dalam PECIPTA 2022.

Selain itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menerima dua Anugerah Terbaik dan meraih 14 pingat dalam pertandingan bertemakan Inovasi, Kreativiti, Teknologi, Keusahawanan dan Masyarakat tersebut.

Terbaharu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memperoleh 13 pingat yang merangkumi enam pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa di PECIPTA 2022.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, kejayaan tersebut merupakan salah satu pengiktirafan besar buat kampus itu kerana kesemua 13 produk inovasi yang dipertandingkan berjaya merangkul pingat.

"Kejayaan ini pasti menjadi rantaian lonjakan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kumpulan penyelidik yang komited menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dunia," katanya dalam kenyataan media.

PECIPTA 2022 menampilkan lebih 433 projek melibatkan penyertaan dari 20 universiti awam termasuk politeknik dan kolej komuniti, 23 universiti swasta serta penglibatan pelajar sekolah.

Ia dilihat akan menjadi pentas global untuk menggalakkan dan meningkatkan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dengan sektor industri dan pihak luar sekali gus memberi banyak manfaat kepada penyelidik serta pemain industri.

INFO

Senarai inovasi yang dihasilkan UTeM

1) Enam pingat emas

  • High-Q Microwave Resonator Sensor for Material.
  • EnauPolyLA (FDM Filament).
  • Hygienic Portable Female Urinal Device.
  • Cool Sound-Cooling Technology Without Refrigerant.
  • Smart Sit Stand Exoskeleton.
  • Islamic Marketplace Payment Gateway.

2) Empat pingat perak

  • Produk Proxy-Based Space Saver (ProSaver).
  • Diebetic Retinopathy Consultant System.
  • AI Smart Learning dan Intelligent PD Antenna With Integration of Noise Suppression Patches in Combination with Hybrid PD SOM.
  • Statistical Extraction Features Classification for Power Transfomer.

3) Tiga pingat gangsa

  • Optimization Tools of Refresh Rate and Powder Handling of SLS Process.
  • Optimal Plastics Waste as Oil Solidfier.
  • Rullz Precision Cutter.

Artikel berkaitan 

Tahniah pensyarah dan penyelidik UPM! Rangkul 9 pingat emas di PECIPTA 2022

Inovasi pelajar SBPI Temerloh cipta sejarah, bawa pulang 7 pingat untuk negara

7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok