7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!
7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!

7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!

Roshlawaty Md Raieh
22 Jul 2022 05:45pm
A
A
A

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Pada hari ini, pertandingan inovasi sering dianjurkan oleh sekolah, institusi pengajian tinggi atau organisasi bukan kerajaan sebagai platform mempamerkan idea yang telah dibangunkan.

Malah, ia adalah pertandingan yang cukup menarik dan merupakan aktiviti yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuklah warga pendidik yang mengajar sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi.

Cikgu Muhammad Sabiq Mohd Noor yang  mengajar di salah sebuah sekolah di Johor berkata, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan guru-guru sekiranya mereka mahu menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, dokumen yang lengkap secara tidak langsung membantu sistem pemarkahan inovasi berkenaan.

Sebaliknya, jika tidak mencukupi, ia pasti menjejaskan markah inovasi terbabit.

Dalam perkara ini, adakah guru atau peserta pertandingan mengetahui tentang kriteria pemarkahan bagi sesebuah pertandingan inovasi?

Menurut Cikgu Muhammad Sabiq, wajar bagi rakan pendidik mengetahui kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan penganjur.

“Secara umumnya, terdapat tujuh perkara yang menjadi item pemarkahan bagi sesebuah produk iaitu:

1) Item Kreativiti yang membawa kepada 25 peratus

2) Item Kesignifikan sebanyak 25 peratus

3) Item Kecekapan 20 peratus

4) Item Penyebaran 5 peratus

5) Item Keberkesanan Kos sebanyak 10 peratus

6) Item Potensi Pelaksanaan 10 peratus

7) Item Persembahan 5 peratus.

“Jika dilihat kepada item yang disenaraikan, rakan-rakan pendidik harus memberi fokus kepada tiga item yang mempunyai pemberatan peratusan yang tinggi berbanding item-item yang lain.

“Tiga item tersebut menyentuh aspek proses pembangunan inovasi dan pengujian terhadap kumpulan sasar. Manakala empat item lagi sebagai sokongan kepada penghasilan sesebuah inovasi,” katanya sebagaimana dipetik menerusi blognya iaitu Cikgu Bique Blog.

Dalam pada itu, beliau turut memberi sedikit ulasan berkenaan setiap item yang mempunyai pemberatan yang besar dalam pemarkahan inovasi.

1) Item pertama yang menyentuh aspek Kreativiti membawa erti inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru perlulah kreatif sama ada yang baharu atau diadaptasikan. Perkara dinilai pada bahagian proses pembangunan inovasi.

2) Item kedua adalah Kesignifikanan yang membawa maksud terdapat bukti menyatakan inovasi ini memberi faedah yang jelas terhadap peningkatan kualaiti pengajaran dan pembelajaran.

3) Bagi item ketiga iaitu Kecekapan adalah terdapat bukti dimana inovasi ini memberi kesan kepada amalan pengajaran guru atau cara bekerja guru yang cekap dan pantas. Kedua-dua bahagian ini kebiasaanya akan dilihat pada bahagian analisis dapatan dimana impak inovasi dilihat secara kuantitatif atau kualitatif.

4) Bagi empat item seterusnya adalah perkara yang menyokong kepada pemarkahan inovasi rakan-rakan yang membawa jumlah 30 peratus.

Item Penyebaran adalah bukti inovasi ini boleh diguna pakai oleh pihak lain secara terus atau dengan pengubahsuaian mengikut keperluan.

Item Keberkesanan kos adalah inovasi yang dihasilkan ini mampu dibangunkan pada kos yang sama atau lebih rendah.

Item Potensi Pelaksanaan adalah merujuk kepada bukti menunjukan inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat.

Dan yang terakhir adalah persembahan yang menyentuh penyediaan video atau persembahan yang menarik.

Secara keseluruhan, setiap penganjur mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang disediakan kepada pihak juri bagi menilai setiap hasil produk inovasi.

Walaubagaimanapun, kita harus sedar bahawa pertandingan inovasi bukanlah sekadar medan untuk merebut pingat atau bertanding siapa paling hebat berinovasi.

Peranannya lebih besar dimana ia sebagai platform penyebaran idea dan pengetahuan tentang amalan pedadogi yang dilaksanakan malah idea-idea yang dikongsikan akan terus disuburkan dengan inovasi yang baharu.

Artikel berkaitan 

5 tip menghasilkan inovasi untuk pertandingan! Guru Inovatif Negeri Sembilan 2013 kongsi caranya

Hazieque Aqashah suka cabaran dan kreatif bangunkan inovasi

Penjaga zoo perlu punya minat menjaga haiwan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok