4 alumni KUPTMKL terima anugerah ikon
4 alumni KUPTMKL terima anugerah ikon

4 alumni KUPTMKL terima anugerah ikon

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
03 Nov 2022 11:59am

Atlet paralimpik negara, Noor Azwan Norlan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Citra Alumni Jaya, Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) Kuala Lumpur (KUPTMKL) bagi tahun 2022.

Penganugerahan kepada alumni itu disampaikan dalam Majlis Hi-Tea Tautan Citra Alumni Jaya KUPTMKL di Hotel Dorsett, Putrajaya, baru-baru ini.

Selain beliau, dua lagi alumni KUPTMKL turut menerima anugerah yang sama iaitu alumni Norsyamimi Md Sayuti dan Muhammad Nazim Nasri.

Manakala untuk Anugerah Ikon Khas Naib Canselor Citra Alumni Jaya pula diberikan kepada Ts Syahmi Suleiman.

Pemilihan mereka ini adalah berdasarkan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing.

Kesemua penerima anugerah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang dan sijil penghargaan.

Sementara itu, majlis Hi-Tea Tautan Citra Alumni Jaya berjaya menghimpunkan hampir 100 alumni berjaya yang terdiri daripada alumni Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lumpur; Kolej Yayasan Pelajaran Mara; Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur dan KUPTMKL.

Penganjurannya adalah inisiatif Unit Alumni Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPTMKL bagi mewujudkan ruang atau platform khusus kepada alumni yang berjaya bagi mencipta jaringan kerjasama sesama mereka.

Dalam majlis tersebut, beberapa tetamu kenamaan turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Antaranya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn Bhd, Abdul Azmi Abdul Aziz; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn Bhd, Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Rahman; Naib Canselor KUPTMKL, Dr Syamsul Fozy Osman; Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Gaya Hidup KUPTMKL, Profesor Madya Ts Dr Zahrah Yahya dan Timbalan Naib Canselor Akademik KUPTMKL, Profesor Dr Azahari Jamaluddin.

Sinar Bestari mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Semoga anda terus maju jaya di masa akan datang.

Artikel berkaitan 

3 tokoh berwibawa terima anugerah khas sempena konvokesyen ke-18 UTeM

Graduan tertua genggam PhD pada usia 63 tahun

Pelajar autisme, Nur Arif ingin jadi pensyarah kini pelajar PhD di UIAM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp