WhatsApp Image 2021-12-15 at 2.52.34 PM (1)
WhatsApp Image 2021-12-15 at 2.52.34 PM (1)

4 pelajar UTeM buktikan kecemerlangan, raih beberapa anugerah di WorldSkills Malaysia 2021

Roshlawaty Md Raieh
20 Dec 2021 01:14pm
A
A
A

Empat pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya memenangi anugerah pada Majlis, baru-baru ini.

Mereka ialah Low Zi Lun, Muhammad Najmi Rosli, Chia Jian Wei dan Wan Muhammad Khairuddin Wan Ab Karim.

Zi Lun yang merupakan penuntut Diploma Teknologi Maklumat, FTMK bersama penyelia yang juga pensyarah kanan FTMK, Yahya Ibrahim, menjadi johan bagi kategori VirtualSkills Malaysia bidang IT Software Solution for Business.

Manakala Muhammad Najmi yang juga penuntut Diploma Teknologi Maklumat bersama penyelianya, Shahril Parumo yang juga pensyarah kanan FTMK diumumkan naib johan bagi kategori VirtualSkills Malaysia untuk bidang Web Technologies.

Jian Wei (pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) bersama penyelianya, Profesor Madya Dr Mohd Faizal Abdollah telah berjaya memenangi pingat perak bagi kategori III Khabarovsk International Skills Competition untuk bidang IT Network System Administration.

Bagi Wan Muhammad Khairuddin (pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) bersama penyelianya, Dr Mohd Zaki Mas’ud pula memenangi pingat perak bagi kategori WorldSkills Malaysia University Challenge 2021 untuk bidang Cybersecurity.

Baca juga Pensyarah ajar lebih waktu pada hari Jumaat, tengok apa yang pelajarnya buat untuk bagi ‘hint’

Baca juga “Pertama kali lihat lukisan Ilham, saya sangat terkejut. Tak sangka dia dapat hasilkan karya sebegini”

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir Dr Ghazali Omar berkata, pertandingan tersebut merupakan peluang dan pengalaman besar buat keempat-empat penuntut UTeM ini mempamerkan kemahiran dan kepakaran mereka.

“Kemenangan ini sekaligus menzahirkan bahawa mahasiswa UTeM atau dikenali dengan TUAH UTeM mempunyai pakej kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang yang mereka pelajari selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada mereka dan juga untuk kumpulan penyelia serta pensyarah yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pertandingan ini.

Zi Lun, Muhammad Najmi, Jian Wei dan Wan Muhammad Khairuddin berpeluang untuk menjalani ujian saringan sebelum melayakkan diri menjadi peserta mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2022 yang akan diadakan pada 12 hingga 17 Oktober 2022 di Shanghai National Exhibition and Convention Center kelak.

Pertandingan WorldSkills Malaysia 2021 merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia yang bertaraf dunia.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok