New Project
New Project

Pensyarah ajar lebih waktu pada hari Jumaat, tengok apa yang pelajarnya buat untuk bagi ‘hint’

Mohd Khairi Mohamad Yusri
20 Dec 2021 09:28am
A
A
A

Walaupun sektor pendidikan kini sudah dibolehkan untuk mengadakan kelas secara bersemuka, namun masih ada institusi yang mengadakan kelas secara dalam talian sebagai langkah berjaga-jaga.

Di TikTok, tular satu gelagat pelajar bersama pensyarah mereka ketika kelas dalam talian sedang dijalankan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kelas pembelajaran secara dalam talian sedang berlangsung pada ketika itu.

BACA JUGA: “Kami akan terus mendidik selagi Tuhan mengizinkannya” – Ini antara ucapan penerima anugerah dalam kalangan guru!

BACA JUGA: Karnival secara online dapat sambutan hangat, ini pengisiannya!

Namun apa yang melucukan adalah pensyarah mereka terlupa bahawa hari tersebut merupakan hari jumaat dan terus mengajar seperti biasa hingga terlebih masa.

Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas berkenaan memakai songkok secara beramai-ramai sebagai ‘hint’ kepada pensyarah mereka.

@koshiiyoshiikalau lect korang tak notice buat je macam ni♬ bunyi asal - teah <33 ♡

Video berkenaan telah meraih 268 ribu tontonan dan 24 ribu tanda suka di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut.

Yang pakai songkok okey lagi, yang background shopping mall tu nak ke mana, hahaha - Watlekwakpis.

Mungkin madam ingat budak-budak tu baru balik kelas mengaji ?? - muhdfaizul__0.

Lain kali letak background ada khutbah - Sakuta.

Dia kena background mysejahtera check in masjid baru berhenti agaknya? - Red Devil.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan