VC-USM-SINARBESTARI-2023
VC-USM-SINARBESTARI-2023

Abdul Rahman Mohamed Naib Canselor USM baharu

nadzarul.amir
04 Jan 2023 08:44am
A
A
A

Profesor Datuk Ir Abdul Rahman Mohamed diumum sebagai Naib Canselor kesembilan Universiti Sains Malaysia (USM), berkuat kuasa semalam.

Abdul Rahman pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM dari 1 Mei 2016 hingga 30 April 2018 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM dari 1 Mei 2018 sehingga kini.

Selain memiliki pengalaman pentadbiran yang sangat luas, beliau juga adalah penyelidik disegani terutama dalam bidang Sains Gunaan dan Teknologi di dalam dan luar negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu kenyataan media melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Abdul Rahman menerajui USM yang juga satu-satunya universiti awam di Malaysia yang dipilih bagi Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).

"Pelantikan beliau dapat memperkukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi negara, seterusnya membina masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera berpaksikan kecemerlangan.

"Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Southern California, California, Amerika Syarikat (AS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama di University of New Hampshire, New Hampshire, AS," kata kenyataan itu lagi.

KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan atas jasa bakti beliau menerajui USM dari tahun 2019 hingga tahun lalu.

Artikel berkaitan

Program empowerNCER Akademik perkasa pelajar USM sebagai pembimbing pelajar SPM

Penghidap autisme penerima Anugerah Pingat Emas USM

Sukarelawan USM siap sedia misi bantuan banjir


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok