WhatsApp Image 2022-12-12 at 3.18.33 PM
WhatsApp Image 2022-12-12 at 3.18.33 PM

Program empowerNCER Akademik perkasa pelajar USM sebagai pembimbing pelajar SPM

Adlan Farhan Azwan
13 Dec 2022 12:38pm
A
A
A

Program empowerNCER Akademik bimbing 600 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dalam kalangan B40 di daerah Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang.

Melalui program berkenaan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan USAINS Holding Sdn Bhd diberi mandat sebagai pelaksana Program empowerNCER Akademik oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Felo Penyelidik Kanan (Perunding) BJIM USM merangkap Ketua Program, Profesor Madya Dr Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail berkata, pendekatan ‘Coaches-Coachee’ yang diterapkan dalam program ini mempunyai tiga elemen penting iaitu pengesanan, pemulihan dan pengupayaan (3P).

“Ketiga-tiga elemen penting ini merupakan sebahagian usaha membantu meningkatkan prestasi pembelajaran peserta program.

“Sesi ‘Coaching’ ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil dengan nisbah seorang ‘Coach’ kepada 12 orang murid bagi memastikan sesi interaksi lebih efisien dan berfokus,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Program empowerNCER Akademik yang dilaksanakan mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 600 penyertaan dalam kalangan pelajar SPM 2022.

Beliau menjelaskan, ‘Coaches’ yang terlibat terdiri daripada pelajar USM Tahun Tiga dan Empat dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) serta pusat pengajian lain di USM yang telah mengikuti bengkel Jurulatih Bimbingan Akademik dikendalikan pensyarah pendidikan USM.

Selain itu, katanya, ‘Coaches’ turut mempraktikkan konsep Pembelajaran Emosi Sosial (SEL) bagi memastikan keseimbangan keperluan akademik dan emosi peserta dalam proses membangunkan keterampilan, sikap, dan nilai-nilai diperlukan untuk meningkatkan kecekapan sosial serta emosi yang baik.

"Kelainan unik yang dibawa dalam program ini dengan pengisian kelas Coaching berfokus kepada pemulihan dan pengayaan.

"Kepelbagaian aktiviti melalui Google Form, Padlet, Quizizz dan Kahoot! dikukuhkan bersama penggunaan pedagogi yang menarik dan unik untuk membantu peserta mengukuhkan pemahaman konsep supaya lebih bersedia menghadapi SPM 2022," ujarnya.

Katanya, jurang perbezaan umur yang rapat dalam kalangan ‘Coaches’ dan ‘Coachee’ turut menjadi penyumbang kepada keberhasilan program.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, program tajaan NCIA dan Yayasan PETRONAS itu bertujuan menyediakan bimbingan tambahan kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM 2022 tidak lama lagi.

"Demi mencapai pembangunan akademik yang lebih holistik dan mengelakkan kemiskinan masa hadapan, ibu bapa dan guru mereka turut memperoleh pendedahan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar,” katanya.

Program empowerNCER Akademik mendapat sokongan penuh Kementerian Pendidikan (KPM) telah berjaya membantu pelajar dalam kalangan B40 mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM melalui kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pengurusan sekolah.

Artikel berkaitan

150 pelajar SPM terima manfaat Program Jejak Cemerlang Pernas

Variasiswa USM 2022 lebih meriah selepas dua tahun Covid-19

Diuji kehilangan bapa bukan penghalang raih ijazah sekali gus terima Hadiah Pingat Emas USM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok