Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2021 milik siswa tahun akhir UMS
Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2021 milik siswa tahun akhir UMS

Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2021 milik Yishal dari UMS

Roshlawaty Md Raieh
21 Jun 2022 11:35am
A
A
A

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yishal Thillinadan mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Institute of Accountants (MIA) iaitu Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik 2021.

Yishal yang juga pelajar tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perniagaan (FPEP) UMS, telah menerima anugerah tersebut sempena MIA International Accountants Conference (MIAC) 2022 yang dianjurkan secara dalam talian, baru-baru ini.

Ketika dihubungi selepas menerima pengiktirafan tersebut, Yishal teruja untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaannya dengan semua.

“Menerima anugerah ini merupakan detik paling membanggakan dalam perjalanan pengajian dan saya berasa sangat bertuah apabila menerima penghormatan tersebut.

Saya percaya anugerah ini akan dapat memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk saya apabila berada di alam pekerjaan kelak,” katanya yang berbangga dapat membawa nama UMS ke dalam dunia perakaunan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Yishal yang berasal dari negeri Selangor, kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma audit antarabangsa di Petaling Jaya.

Dia berharap lebih ramai pelajar akan cuba mempraktikkan keseimbangan dalam bidang akademik dan juga penglibatan kokurikulum.

“Pencapaian akademik semata-mata tidak akan membawa kita pergi lebih jauh sebaliknya apa yang lebih penting adalah kebolehan berkomunikasi yang mampu ditimba daripada penglibatan dalam kokurikulum dan kesukarelawan,” jelasnya.

Anugerah Pelajar Perakaunan Terbaik 2021 diberikan kepada pelajar terbaik dan cemerlang bagi universiti tempatan yang diiktiraf di bawah Akta Akauntan 1967.

Anugerah tersebut menitikberatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar sepanjang pengajian di universiti tempatan.

Selain pengiktirafan di bawah Akta Akauntan 1967, program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian UMS juga diiktiraf oleh beberapa badan perakaunan profesional termasuk Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), Association of Certified Chartered Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

Artikel berkaitan 

Bantu ibu berniaga sewaktu balik sekolah, pelajar ini tetap peroleh keputusan SPM yang membanggakan

Bijak urus masa antara tip pelajar cemerlang Kolej Genius Insan SPM 2021

Ajieharmie, Najlaa minat jadi doktor gigi dan ingin berbakti 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok