318100544_885470542804161_5987416532045399305_n
318100544_885470542804161_5987416532045399305_n

Banjir di Kelantan: 131 pelajar UMK luar kampus dipindahkan

Adlan Farhan Azwan
20 Dec 2022 09:20am
A
A
A

Seramai 131 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah dipindahkan ke Kolej Kediaman Pelajar Sri Kemumim, Padang Tembak, Kolej Kediaman IBS UMK Bachok dan Kolej Kediaman UMK Jeli selepas rumah sewa yang didiami di sekitar Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli ditenggelami banjir.

Pengarah Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Madya Ts Dr Muhamad Saufi Che Rusuli berkata, operasi pemindahan kesemua pelajar itu dilakukan oleh kakitangan HEPA yang dibantu oleh 100 ahli Sukarelawan UMK Vengers bermula pukul 12 tengah malam dan selesai pada pukul 4 petang hari ini.

Bas digunakan bagi membantu urusan pemindahan pelajar-pelajar yang terkesan dengan banjir.

Tambahnya, operasi pemindahan pelajar luar kampus itu melibatkan 95 pelajar luar kampus sekitar Pengkalan Chepa, 35 pelajar sekitar Bachok dan seorang pelajar di Jeli.

“Misi melibatkan 40 orang staf dan 60 orang sukarelawan pelajar itu adalah bagi membantu memindahkan pelajar di rumah sewa yang terkesan dengan banjir ke kolej kediaman UMK dan menyediakan penginapan sementara.

“Buat sementara waktu, pelajar yang terjejas banjir dibekalkan bantuan makanan kering seperti roti dan air kotak sementara menunggu pihak HEPA menyediakan barang keperluan asas kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Menurut Ketua Sukarelawan UMK Vengers, Profesor Madya Dr Saufi, bagi memastikan semua misi bantuan mangsa banjir berjalan lancar, pihaknya telah menyediakan sebuah bot kecil, dua buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah bas dan van untuk kerja-kerja pemindahan mangsa banjir.

“Insya-ALLAH, misi membantu mangsa banjir telah pun diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

“Pelajar yang terjejas banjir boleh hubungi Talian Kecemasan Banjir Pelajar Dalam dan Luar Kampus di talian 09 - 771 2312,” jelasnya.

Artikel berkaitan

500 sukarelawan UMK siap siaga hulur bantuan kepada mangsa banjir

(VIDEO) “Mainan saya tak tenggelam sebab memang takde mainan” - kisah Arash yang terkesan dengan banjir raih simpati penonton

Pasangan kembar teruja lanjut pengajian bersama di UMK


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok