5 atlet universiti terima insentif kerana berjaya wakili negara
5 atlet universiti terima insentif kerana berjaya wakili negara

5 atlet universiti terima insentif kerana berjaya wakili negara

Roshlawaty Md Raieh
29 Jul 2022 05:02pm
A
A
A

Seramai lima atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima insentif wang tunai berjumlah RM2,500 kerana berjaya mewakili negara dalam Asean University Games (AUG) di Ubon Ratchathani, Thailand, pada 24 Julai hingga 7 Ogos ini.

Atlet yang bertuah itu terdiri daripada Mohamad Eizlan Dahalan, Aisyah Izzmiah Datu Ahmad, Nur Aishah Rofina Aling, Eugenius Lo Foh Soon dan Mcroyce Donovan Dagul.

Kesemua atlet ini mewakili negara dalam acara yang dipertandingkan iaitu olahraga, karate dan memanah.

Penyerahan insentif kepada pelajar-pelajar ini telah disampaikan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin di pejabatnya di Bangunan Canselori UMS, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr Raman Noordin dan Pengarah Pusat Sukan UMS, Ahmadi Nurdin.

Antara atlet UMS yang bertanding dalam AUG, dari kiri Eugenius Lo Foh Soon dan Nur Aishah Rofina.

Sementara itu, Taufiq berkata, penyertaan UMS dalam AUG merupakan salah satu nilai tambah kepada para mahasiswa yang terlibat dan pihak pengurusan universiti sentiasa menyokong serta menggalakkan atlet universiti untuk terus aktif dalam sukan.

Menurut Taufiq, penglibatan mahasiswa sebagai atlet sememangnya akan membuatkan mereka sibuk dengan sesi latihan.

Sehubungan itu, mereka perlu bijak membahagikan masa agar prestasi sukan dan akademik sentiasa seiringan.

Dalam perkembangan lain, kelima-lima atlet berkenaan turut dijadikan sebagai sandaran utama UMS bagi merebut pingat emas di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) pada 12 hingga 21 Ogos ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

SUKIPT adalah kejohanan terbesar institusi pengajian tinggi (IPT) yang disertai 120 IPT awam dan swasta seluruh negara dan UMS telah menyasarkan kedudukan 10 teratas dalam carta pada kejohanan tersebut.

Artikel berkaitan 

Impian Orang Asli, Arisna mahu jadi contoh terhadap komuniti

Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains

“Cikgu, anak saya demam tapi tak cukup duit nak hantar ke klinik”, guru kongsi kisah pengorbanan ibu bapa membesarkan anak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok