UPM-MISI-BANJIR-SINARBESTARI-2022
UPM-MISI-BANJIR-SINARBESTARI-2022

40 sukarelawan Kor Sispa UPM salur bantuan banjir di Bachok

nadzarul.amir
26 Dec 2022 03:41pm
A
A
A

Seramai 40 sukarelawan Kor SISPA Universiti Putra Malaysia (UPM) memulakan misi bantuan banjir ke pantai Timur baru-baru ini.

Dalam misi berkenaan, para sukarelawan menyumbang tenaga dan menyalurkan bantuan barangan di Bachok, Kelantan.

Ketua pasukan sukarelawan, Kapten Bersekutu (PA) Rizal Razak berkata, bantuan tersebut merupakan misi pertama UPM membantu rakyat Kelantan yang berdepan bencana banjir.

"Tugas-tugas pembersihan dan pemindahan barang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bakong malah terdapat banyak alatan rosak yang perlu dilupuskan akibat bencana ini.

"Guru-guru sekolah dan taska turut membantu termasuk bantuan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Misi banjir itu diuruskan Jawatankuasa Misi Bantuan Banjir UPM, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Majlis Kesukarelawanan Universiti Awam (MASKUM).

Dia memberitahu, pasukan sukarelawan tiba di Bachok pada awal pagi malah telah memberi pek makanan kepada masyarakat sekitar Kampung Keting, Gunung.

"Kita juga membantu salah seorang para pelajar UPM yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan.

"Sebanyak 40 m pek makanan berjaya disalurkan kepada penduduk setempat," ujarnya.

Dia berharap bantuan diberikan dapat meringankan beban mangsa banjir.

Artikel berkaitan

ResQ Team hulur bantuan kepada mangsa banjir di pantai timur

Banjir di Kelantan: 131 pelajar UMK luar kampus dipindahkan

500 sukarelawan UMK siap siaga hulur bantuan kepada mangsa banjir


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok