41 projek PUTRA LoVA diiktiraf Malaysia Book of Records
41 projek PUTRA LoVA diiktiraf Malaysia Book of Records

41 projek PUTRA LoVA diiktiraf Malaysia Book of Records

Roshlawaty Md Raieh
25 Jan 2023 01:07pm
A
A
A

SEBANYAK 41 projek menerusi program Putra Longest Non Stop Volunteerism Activities (PUTRA LoVA), Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sempena Sambutan Hari Putra Bakti UPM, baru-baru ini.

Kejayaan yang diraih ini secara tidak langsung telah membanggakan seluruh warga kampus kerana bagi mereka pengiktirafan daripada MBOR bukanlah calang-calang.

PUTRA LoVA yang dianjurkan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM merupakan rekod pertama dalam negara melaksanakan aktiviti sukarelawan paling lama tanpa henti iaitu selama 40 jam bermula pukul 6 pagi, 10 Disember dan berakhir 10 malam, 11 Disember tahun lalu.

Program yang membabitkan penyertaan lebih 2,000 sukarelawan dalam kalangan staf, pelajar dan komuniti setempat bertujuan menerapkan semangat kesukarelawanan warga kampus dan masyarakat setempat, menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan, memperkukuhkan hubungan jaringan universiti dengan masyarakat dan memperkasakan visibiliti UPM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sepanjang PUTRA LoVA berlangsung, pelbagai aktiviti kesukarelawanan telah dijalankan antaranya membersihkan Sungai Klang, membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan dan aktiviti gotong-royong di beberapa lokasi terpilih.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Profesor Dr Arifin Abdu, aktiviti seumpama ini dilaksanakan bagi mencapai Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang selain terus memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

“PUTRA LoVA telah membuka laluan kepada pelajar untuk mengasah kemahiran insaniah melalui sumbangan signifikan kepada masyarakat berpaksikan motto UPM ‘Berilmu Berbakti’.

“Justeru, saya mengharapkan supaya program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai warga kampus,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia

Kerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPM

Tahniah pensyarah dan penyelidik UPM! Rangkul 9 pingat emas di PECIPTA 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok