5 prinsip panduan untuk penyelidikan di universiti
5 prinsip panduan untuk penyelidikan di universiti

5 prinsip panduan untuk penyelidikan di universiti

Roshlawaty Md Raieh
18 Jan 2023 04:11pm
A
A
A

MENGHASILKAN penyelidikan dan inovasi yang bermutu dan berkualiti tinggi di institut pengajian tinggi (IPT) bukan satu perkara mudah.

Banyak perkara yang perlu diberi tumpuan sekiranya mahu penyelidikan dan inovasi itu diterima ramai.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, terdapat lima prinsip panduan untuk menghasilkan penyelidikan di universiti.

Sinar Bestari memetik prinsip panduan yang dikongsi beliau menerusi laman Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata, lima prinsip panduan itu merangkumi

1) Semua bidang penyelidikan adalah penting tanpa mengira disiplin ilmu.

2) Kerjasama strategik amat perlu dalam penajaan dan pembiayaan penyelidikan bermutu.

3) Penyelidikan mestilah bersifat multidisiplin, tidak sehala dan jangka panjang.

4) Penyelidikan mestilah bertanggungjawab dan berakauntabiliti.

5) Bidang penyelidikan harus dijadikan sumber utama IPT menjana pendapatan.

Kesemua prinsip panduan ini telah disampaikan oleh Mohamed Khaled menerusi ucapan perasmian Karnival Penyelidikan Universiti Malaya (UMRC) 2022 di Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UM, awal Januari lalu.

Karnival yang mempamerkan inovasi dan reka cipta hasil daripada penyelidikan berasaskan industri dan komuniti itu diisi dengan pelbagai program seperti Ignite The Big Ideas (Startups Pitch), MyUM Pitch (kategori pensyarah) dan MyUM Rising Star (kategori pelajar).

Dalam majlis tersebut, sesi penganugerahan pensijilan akreditasi ISO27001:2013 (ISMS) oleh SIRIM telah diberikan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berjaya membangunkan sebuah Pusat Kawalan Kesihatan Berpusat.

Pusat Kawalan Kesihatan Berpusat yang pertama seumpamanya itu berperanan menyelaras secara sistematik tugasan pemantauan dan pengurusan operasi perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.

Artikel berkaitan 

Penyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labu

UniGO kembang sayap kesukarelawan ke Indonesia

Inovasi penampal luka pelajar UMT rangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok