HomeIPTBuletin IPTBantuan persediaan pelajar IPT Pasir Gudang dibuka, mohon sumbangan one-off RM300 sekarang

Artikel Berkaitan

Bantuan persediaan pelajar IPT Pasir Gudang dibuka, mohon sumbangan one-off RM300 sekarang

Tawaran Bantuan Pendaftaran institusi pengajian tinggi (IPT) Yayasan Pasir Gudang (YPG) bagi kemasukan Fasa 2 2022 kini telah dibuka.

YPG bertujuan memberikan sumbangan ini untuk meringankan kos mahasiswa dalam membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di IPT awam atau swasta.

Baca juga

Tawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarang

Tawaran biasiswa pendidikan Terengganu dibuka, sambung ACCA dan ijazah lanjutan dalam dan luar negara

Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar Pasir Gudang yang berjaya menyambung pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beralamat di kawasan Pasir Gudang dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.

Permohonan perlu mendapatkan pengesahan daripada IPT dan dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja.

YPG memperuntukkan bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi setiap seorang pelajar.

Calon boleh mendapatkan bantuan pendaftaran IPT tersebut secara dalam talian atau manual sebelum Jun 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui pautan https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/.

Permohonan secara manual pula borang hendaklah dimuat turun melalui pautan https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf.

Kemudian cetak, isi, lengkapkan dan hantar ke pejabat YPG.

Artikel Terkini