WhatsApp-Image-2021-12-15-at-8.31.45-PM
WhatsApp-Image-2021-12-15-at-8.31.45-PM

Graduan UIAM berkonvo 3 kali tahun depan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
16 Dec 2021 12:38pm
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah beberapa kali ditangguhkan, warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akhirnya boleh menarik nafas lega apabila universiti itu mengeluarkan tarikh baharu bagi majlis konvokesyen dalam satu pengumuman pada Rabu (15 Disember).

Menerusi pengumuman tersebut, majlis konvokesyen UIAM bakal melibatkan dua majlis yang tertangguh dan satu majlis bagi bakal graduan tahun 2022 yang akan berlangsung secara berasingan pada tahun depan.

“Majlis konvokesyen UIAM sentiasa menjadi kemuncak dalam perjalanan pembelajaran pelajar kami. Sejak 2020, kita tidak dapat mengadakan konvokesyen ke-36 dan ke-37.

BACA JUGA: Pensyarah UIAM hasilkan salap, bantu melegakan gejala ringan Covid-19

BACA JUGA: UIAM jalin kerjasama pintar dengan enam syarikat, mantapkan jaringan industri

“Memandangkan keadaan pandemik di Malaysia semakin pulih, UIAM telah memutuskan untuk mengadakan upacara fizikal yang telah lama tertunggak tahun depan," ujarnya.

Canselor UIAM, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memberi perkenan Seri Paduka Baginda bagi mengadakan Konvokesyen UIAM ke-36, 37 dan ke-38 pada Mac, Ogos dan November tahun depan.

Istiadat Konvokesyen Kali ke-36 bagi graduan 2020 akan diadakan dari 12 hingga 20 Mac 2022 manakala Istiadat Konvokesyen ke-37 bagi graduan 2021 akan diadakan bermula 13 hingga 20 Ogos 2022. Walaupun mempunyai jarak lima bulan, sesi perasmian bagi kedua-dua istiadat adalah pada 12 Mac 2022.

Manakala Istiadat Konvokesyen ke-38 bagi graduan 2022 pula bakal berlangsung dari 19 hingga 27 November 2022.

UIAM turut mengingatkan para graduan yang akan menghadiri majlis itu supaya mendapatkan vaksinasi yang lengkap dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi memastikan keselamatan bersama.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok