Hi-WE OJT beri pengalaman berharga kepada peserta program
Hi-WE OJT beri pengalaman berharga kepada peserta program

Hi-WE OJT beri pengalaman berharga kepada peserta program

Roshlawaty Md Raieh
18 Jan 2023 06:39pm
A
A
A

SERAMAI enam staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelopor pertama mengikuti Program High Impact Working Exposure (Hi-WE) - On The Job Training (OJT) ke Istanbul Gelisim University (IGU) dan Istanbul University di Turkiye, baru-baru ini.

Menurut Pegawai Eksekutif Kanan, Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM, Naimah Mohamed, Hi-WE OJT merupakan program sangkutan yang bertujuan menghasilkan staf berpengetahuan dalam pengantarabangsaan dan membuka minda staf melalui pengalaman luar dengan penghasilan inovasi.

Ia juga berobjektif memupuk peserta lebih kreatif, proaktif dan inovatif sejajar dengan membudayakan nilai teras UTM ISES iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian.

Naimah berkata, Hi-WE OJT yang dianjurkan UTM International dengan kerjasama Pusat Bakat & Kepimpinan (CTLD), UTM telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang seminggu mereka berada di sana.

Antaranya, sesi suai kenal, orientasi dan pertukaran maklumat bersama pentadbir IGU; sesi lawatan ke beberapa fakulti dan menghadiri kelas Pengurusan Pesawat yang dikendalikan Profesor Madya Dr R Haluk Kul.

Peserta menimba pelbagai pengalaman menarik sepanjang berada di sana.

“Pengalaman mengikuti kelas Pengurusan Pesawat cukup menarik kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan di IGU,” ujarnya.

Tambah Naimah, para peserta turut berpeluang melawat Istanbul Universiti yang terletak di Beyazit, Fatih, Turkiye dan mengunjungi beberapa tempat bersejarah seperti Blue Mosque, Muzium Topkafi, Hagia Sophia Mosque, Sultanahmet Mosque, Eyup Sultan Mosque, Pierre Loti, Fatih Mosque & Tomb, Taksim Square, Taksim New Mosque, Istikal Street, Eminonu dan Bosphorous Cruise.

Selain Naimah, delegasi lain yang turut serta dalam Hi-WE OJT ialah empat wakil dari UTM International Johor Bahru iaitu Ayu Azrin Abdul Aziz, Rozaina Mohamed, Nurul Atiqah Othman dan Norsiah Daud manakala Siti Sarah Khairullah merupakan wakil dari UTM International Kuala Lumpur.

Peserta program berpeluang melawat beberapa lokasi bersejarah sepanjang mengikuti Hi-WE OJT ini.

Artikel berkaitan 

Berkat doa mak ayah, kembar seiras UTM ini bakal jurutera di Singapura

Pasukan Wonder dari UTM diumum Juara Negara The 3M Inspire Challenge 2022

UTM hasilkan kaki palsu evolusi baharu dengan teknologi 3D


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok