image002
image002

Majlis Profesor UUM promosi gaya hidup sihat

Norliza Wasilan
15 Sep 2022 02:06pm
A
A
A

Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) melaksanakan inisiatif mengadakan Program 10,000 Langkah bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan ceria di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.

Pengerusinya, Profesor Ts Dr Suhaidi Hassan berkata, pada masa sama, program itu juga diharap dapat mengeratkan ukhwah antara staf universiti berkenaan sempena bulan kemerdekaan yang disambut bulan lepas.

“Kami berharap dengan penganjuran aktiviti secara santai ini akan dapat membentuk warga kampus yang aktif dan produktif dalam menjalani kehidupan seharian.

“Pada masa sama, kami berharap cara ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan meningkatkan gaya hidup sihat,” ujarnya sempena Program 10,000 Langkah Majlis Profesor UUM, di Pusat Sukan universiti itu, baru-baru ini.

Menerusi program itu, peserta turut mengambil peluang bergambar kenangan bersama Jalur Gemilang sebelum memulakan acara 10,000 langkah ataupun menyertai aktiviti berbasikal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan (MPUUM), Profesor Dr Abdul Halim Abdul Majid pula menyifatkan program berkenaan bersifat inklusif bukan saja membabitkan profesor tetapi juga staf akademik dan pentadbiran universiti daripada pelbagai jawatan.

Ujarnya lagi, berikutan sambutan diterima amat menggalakkan, maka pihaknya berharap program seumpama itu dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Saya teruja kita dapat bersama-sama warga kampus menjayakan aktiviti riadah ini yang boleh menyuntik semangat berpasukan serta menjaga kesihatan diri.

“Oleh itu, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada warga kampus atas semangat yang ditunjukkan menerusi program ini,” katanya.

Artikel berkaitan

Jalin kerjasama dengan 20 universiti di Indonesia, usaha UUM kukuhkan pengantarabangsaan

76 pelajar UUM selami kehidupan Orang Asli suku Kensiu di Baling, Kedah

20 warga UUM sertai Misi Kemanusiaan UUM-ABC


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok