MSU
MSU

Sukarelawan MSU tunai tanggungjawab, hulur 200 kotak bantuan untuk B40

Rasyidah Zulkifi
18 Jul 2022 02:53pm
A
A
A

Institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai peranan penting dalam membawa keceriaan serta membantu meringankan beban keluarga B40 yang terkesan dengan situasi ekonomi yang melanda negara dan dunia ketika ini.

Bagi menzahir tanggungjawab itu, Management & Science University (MSU) telah melancarkan inisiatif sukarelawan 'MSU Community Outreach Week' khusus untuk membantu keluarga B40 di seluruh negara termasuk di Bangalore, India dan Jakarta, Indonesia.

'MSU Community Outreach Week' melibatkan penyaluran sumbangan barangan keperluan asas serta wang tunai berjumlah RM50,000 bagi meringankan beban kira-kira 200 keluarga yang terjejas kerana kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Sukarelawan MSU menyerahkan kotak bantuan kepada penerima terpilih di Kuching, Sarawak (gambar kiri) dan di Jakarta, Indonesia (gambar kanan).

Sumbangan 200 kotak bantuan yang bermula pada 1 Julai sehingga 9 Julai lalu, diagihkan oleh warga MSU sama ada melalui kampus induk di Shah Alam atau kampus satelit MSU di seluruh negara termasuk kampus pesisir antarabangsa MSU di India dan Indonesia.

Hadir sama pada majlis pelancaran inisiatif tersebut ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, barisan pengurusan kanan MSU dan MSU College (MSUC) serta para pelajar.

Aktiviti sukarelawan dan komuniti merupakan DNA yang diterapkan dalam kalangan warga MSU khususnya, menerusi budaya 2G (Giving and Grateful) yang menyasarkan kumpulan sasaran iaitu orang asli, miskin bandar, alam sekitar, anak-anak yatim serta kesihatan.

Ia juga adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 1: No Poverty, SDG 2: Zero Hunger, SDG 11: Sustainable Cities and Communities serta SDG 17 for Partnerships for the Goals.

Artikel berkaitan 

Telegram Outreach program Teknikal Pendidikan TVET dilancar

MSU memperkasa kemahiran mahasiswa

Sukarelawan UTHM sertai misi bantuan banjir di Baling, Kedah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok