123rf Tajaan biasiswa pelajar sarjana muda serata Asia Tenggara dibuka, mohon sebelum 16 April 
123rf Tajaan biasiswa pelajar sarjana muda serata Asia Tenggara dibuka, mohon sebelum 16 April 

Tajaan biasiswa pelajar sarjana muda serata Asia Tenggara dibuka, mohon sebelum 16 April 

Rasyidah Zulkifi
08 Apr 2022 11:14am
A
A
A

Tajaan biasiswa pelajar sarjana muda serata Asia Tenggara Permohonan Biasiswa ASEAN-Maybank 2022 telah dibuka secara dalam talian kepada pelajar ijazah sarjana muda yang bakal atau sedang mengikuti pengajian.

Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, beliau berbesar hati dengan pelaksanaan tajaan pendidikan ini.

Baca juga

UPSI tawar Azizulhasni Awang biasiswa lanjutkan pengajian

Cikgu Mohd Azif antara guru Sains Terbaik Asia Tenggara…beliau memang layak!

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan ASEAN untuk menyampaikan program Biasiswa ASEAN-Maybank ini.

“Ini adalah cara kami melabur demi generasi akan datang melalui pendidikan. 

“Ia juga sejajar dengan misi kami untuk memanusiakan perkhidmatan kewangan dan menyokong salah satu daripada empat komitmen kemampanan kami untuk meningkatkan kehidupan sejuta isi rumah di seluruh ASEAN menjelang 2025,” katanya dalam laman web Maybank.

Difahamkan, pemohon bakal mendapat pelbagai manfaat termasuk yuran pengajian, elaun bulanan gaji bulanan, penginapan, komputer riba, elaun menetap, tiket penerbangan, insuran perubatan dan latihan industri.

Selepas tamat pengajian, penerima biasiswa akan berkhidmat selama tiga tahun di Maybank, Sekretariat ASEAN atau Yayasan ASEAN.

Sekiranya berminat, pemohon mestilah warganegara dari mana-mana 10 negara ASEAN, mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00, mempunyai keputusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kokurikulum.

Di samping itu, calon perlulah melanjutkan pengajian dalam bidang yang diluluskan dan menerima surat tawaran daripada universiti dalam rangkaian universiti ASEAN.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Program pengajian yang ditaja adalah perakaunan, sains aktuari, sains politik, pengurusan perniagaan, sains data, ekonomi, matematik, keusahawanan, kewangan, teknologi maklumat, perniagaan antarabangsa, pengurusan risiko dan kursus-kursus berkaitan.

Calon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 16 April 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok