Untitled design (4)
Untitled design (4)

Cikgu Mohd Azif antara guru Sains Terbaik Asia Tenggara...beliau memang layak!

Roshlawaty Md Raieh
08 Dec 2021 02:57pm
A
A
A

Diumumkan sebagai pemenang tempat kedua pada Pertandingan Guru Sains Terbaik Asia Tenggara (3rd Ki Hajar Dewantara Award 2021) adalah kenangan terindah bagi Cikgu Mohd Azif Shukor.

Ini kerana, calon pertandingan tersebut bukanlah dalam kalangan guru ‘biasa’ sebaliknya mereka terdiri daripada 11 guru Sains terbaik dari negara anggota SEAMEO iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina dan Malaysia.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Cikgu Mohd Azif memberitahu, kejayaan di 3rd Ki Hajar Dewantara Award memang di luar jangkaan.

“Terpilih sampai ke tahap ini pun sudah membuatkan saya terkejut.

“Mana tidaknya, calon-calon yang bertanding memang cukup hebat. Masing-masing ada pencapaian cemerlang, sumbangan dan dedikasi yang tinggi dalam pendidikan Sains, malah mereka punyai inovasi kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

“Namun saya percaya, jika sudah ALLAH tetapkan rezeki, saya sangat bersyukur,” katanya.

Cikgu Mohd Azif bersama juri pertandingan 3rd Ki Hajar Dewantara Award 2021.

Terdahulu, pertandingan 3rd Ki Hajar Dewantara Award telah berlangsung pada 16 hingga 18 November lalu secara dalam talian.

Peserta yang bertanding diberikan masa selama 30 minit iaitu 15 minit pembentangan dan 15 minit soal jawab berkaitan dengan inovasi masing-masing.

Tiga hakim daripada pelbagai bidang ditugaskan untuk proses penjurian. Mereka adalah Dr Kritsachai Somsaman, Trish Dower dan Evy Margaretha.

Mengenai mod pertandingan pula, ia dijalankan secara hibrid di mana kesemua tujuh peserta yang mewakili negara masing-masing membentangkan kajian mereka secara dalam talian menggunakan platform Zoom Online Meeting.

Manakala bagi senarai 20 teratas, pembentang dari Indonesia telah membentangkan kajian secara bersemuka di Grand Mercure Bandung Setiabudi Hotel, Jawa Barat Indonesia mengikut sesi pembentangan selari.

Wakil Malaysia

Bukan senang untuk mewakili negara dalam sesuatu pertandingan. Tetapi, Cikgu Mohd Azif telah membuktikan bahawa dirinya mampu melakar kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

“Bagi Malaysia, pemilihan calon dibuat secara terbuka melalui surat siaran yang diedarkan kepada semua Pengarah Jabatan Pendidikan setiap negeri oleh Jemaah Nazir Persekutuan.

“Pihak Jemaah Nazir Persekutuan akan menyenarai pendek lima calon terbaik dan akan ditemuduga mengikut masa yang ditetapkan.

“Uniknya, mereka bukan sahaja menemu duga guru, tetapi turut menemu duga pelajar yang terlibat secara langsung dalam kajian dilaksanakan oleh guru. Sesi temu duga di adakan secara berasingan dan tertutup. Proses khidmat bantu akan dilakukan oleh Jemaah Nazir Persekutuan dalam menambah baik dokumentasi-dokumentasi serta kertas kajian guru yang telah terpilih mewakili Malaysia," ujarnya panjang lebar.

Akhir sekali, Cikgu Mohd Azif telah menitipkan sedikit nasihat kepada barisan cikgu Sains yang berminat menyertai Pertandingan Guru Sains Terbaik Asia Tenggara itu.

“Ada beberapa persiapan rapi perlu dilakukan oleh cikgu dalam aspek-aspek berikut:

a) Menghasilkan inovasi yang mampu memberi impak besar kepada pelajar (tidak hanya memfokuskan inovasi kepada pelajar sendiri sahaja)

b) Berkolaboratif dengan pihak-pihak seperti universiti awam atau swasta, IPG, kolej atau politeknik dalam bidang inovasi dan penyelidikan (ini merupakan satu nilai tambah yang besar kepada inovasi tersebut).

c) Inovasi yang dihasilkan diintegrasikan dengan elemen ICT (tidak semestinya menggunakan teknologi yang berkos tinggi dan terkini. Perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dan kemampuan guru dalam menghasilkannya).

Ketika proses khidmat bantu bersama Jemaah Nazir Persekutuan di Putrajaya, baru-baru ini.

d) Menyebarluaskan inovasi dengan pihak-pihak lain atau pelajar serta guru-guru dari sekolah lain supaya inovasi yang dihasilkan ini tidak bersifat syok sendiri.

e) Mendapatkan maklum balas tentang inovasi yang telah dihasilkan daripada pakar. Contohnya seperti Guru Cemerlang, Pensyarah Cemerlang, Pegawai SISC+ PPD, doktor, profesor dan mereka yang berada dalam bidang kajian yang dibuat.

f) Memantapkan penulisan kertas kajian di mana cara penggunaan inovasi beserta impak inovasi perlulah dijelaskan secara terperinci.

g) Yang paling penting perlu kita ingat bahawa inovasi yang dihasilkan itu bukan untuk tujuan pertandingan semata-mata tetapi ia dihasilkan bagi memudahkan guru-guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, seterusnya dapat meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam subjek yang mereka ajar.

Sekiranya inovasi yang hasilkan sangat baik dan sesuai dengan keadaan semasa, tidak mustahil ia akan mendapat pelbagai anugerah.

PROFIL

Nama: Mohd Azif Shukor

Asal : Batu Pahat, Johor

Nama sekolah: SMK Paya Rumput, Paya Rumput, Melaka

Subjek di ajar: Fizik dan Sains

Anugerah dan pencapaian:

  • Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Fizik KSSM
  • Naib Pengerusi Penggerak Guru Inovasi Melaka (PGIM)
  • Pengasas Kajian Tindakan Kaedah ONE2TEN
  • Pengasas Kaedah JARIKU FIZIK
  • Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Fizik SPM peringkat Kebangsaan
  • Penceramah Bengkel Kajian Tindakan dan Inovasi serta Pembangunan Guru Cemerlang
  • Anugerah Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) 2019 (Kajian Tindakan Terbaik)
  • Tempat pertama dalam Science Education Award (SEA), Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) 2019
  • Tempat ketiga dalam Science Education Award (SEA), Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) 2021
  • Anugerah Guru Inovatif 2018, 2019 dan 2020 (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)
  • Microsoft Innovative Educator (MIE) 2019
  • Certified ClassPoint Educator 2021
  • Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), Kerajaan Negeri Melaka 2019
  • Anugerah Guru Ikon PdP 2020 (Sambutan Hari Guru peringkat negeri, JPN Melaka)
  • Anugerah Pengarah 2020 (Sambutan Hari Guru peringkat negeri, JPN Melaka)
  • Anugerah Ikon Guru Inovasi 2021 (Sambutan Hari Guru peringkat negeri, JPN Melaka)
  • Anugerah Ikon Guru Disiplin 2020 (peringkat negeri dan kebangsaan)
  • Pingat Emas (Inovasi RD BOARD) Pertandingan Inovasi PdPC STEM Kos Rendah peringkat kebangsaan 2020
  • Tempat Pertama (Inovasi RD BOARD) Pertandingan Inovasi PdPC STEM Kos Rendah peringkat kebangsaan 2020
  • Pembentang Kajian Tindakan (RD BOARD) di International Conference In Education Research, INCER 2020
  • Pingat platinum Inovasi RD Board 2.0 (Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu) 2021
  • Pingat emas Inovasi LiMoG Indicator (Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu) 2021
  • Pingat emas Inovasi Physics Inforgraphic Notes (Darul Aman International Innovation, Competition and Exhibition, DiLCE’21) - Guru Pembimbing
  • Pingat perak Inovasi Physics LowCost Experiment Kit (Darul Aman International Innovation, Competition and Exhibition, DiLCE’21) – Guru Pembimbing
  • Pingat perak Inovasi Termo Eureka (Virtual Innovation Competition, VIC21 PeringkatAntarabangsa) – Guru Pembimbing
  • Best Innovator Award (International Summit of Innovation and Design Exposition, INSIDE 2020)
  • Best Creative Award (International Summit of Innovation and Design Exposition, INSIDE 2019)
  • Pengurusan Disiplin Cemerlang 5 Bintang peringkat kebangsaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, BPSH KPM (2019)
  • Pembentang Kertas Kajian Tindakan LiMoG Indicatordi International Conference on Teacher Learning Development (ICTLD) 2021, IPG Temenggong Ibrahim, Johor
  • Pembentang Kertas Kajian Tindakan JARIKU di Webinar Amalan Penyampaian PdPR Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang peringkat kebangsaan 2021
  • Pembentang Kertas Kajian Tindakan RD BOARD 2.0 di Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu, 2021
  • Pembentang Kertas Kajian Tindakan LiMoG Indicator di International Conference on Teacher Learning Development (ICTLD) 2021, IPG Temenggong Ibrahim, Johor
  • Best Presenter Award International Conference on Teacher Learning Development (ICTLD) 2021, IPG Temenggong Ibrahim, Johor
  • Hakim STEM Challenge Online Peringkat Kebangsaan 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hakim Globlal Virtual Student Invention, Innovation, Design and Exhibition, GV-SIIDE 2020, UiTM Melaka
  • Hakim Asia International Innovation Exhibition (AIINEX 2020), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Hakim Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (IDIIC 2021), UiTM Kelantan
  • Hakim Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (VIC21), UiTM Kelantan
  • Hakim Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan (iADB 2021), IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • Hakim Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan (iCompEx 2021), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Penerbitan Kajian: 

  • Penulisan Prosidinge-Book (PosterInovasiI Force) - International Summit Of Innovation And Design Exposition, INSIDE 2019, E- ISBN e 978-967-17947-0-8
  • Penulisan Prosidinge-Book (PosterInovasiRD BOARD) - International Summit Of Innovation And Design Exposition, INSIDE Published ByCITED, Faculty Of Education, University Of Malaya 2020
  • Penulisan Prosidinge-Book (PosterInovasiRD BOARD) – Pertandingan Inovasi PdPc STEM Kos Rendah Peringkat Kebangsaan Kerjasama PGSM & UPM (2020) E- ISBN: e 978-967-18115-4-2
  • Prosiding Kajian Tindakan RD Board, International Conference In Education Research, (INCER, 2020) EISBN: 978-967-2405-24-5
  • Penulisan Prosiding Penggunaan Teknik Jariku Dalam Topik Graf Gerakan Linear Subjek Fizik Tingkatan 4, IPG Kampus Bahasa, 2021
  • Prosiding Kajian Tindakan LiMoG Indicator, Internatioanal Conference On Teacher Learning Development, (ICTLD 2021) e-ISBN: 978-967-25529

Inovasi terbaharu untuk 2022:

1) Lever Kit Indicator

Inovasi ini dihasilkan kerana kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam menentukan kelas tuas bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.

Ia adalah inovasi baharu dan unik kerana dihasilkan dalam dua bentuk iaitu fizikal (terdiri daripada 30 kad imbasan dan alat untuk menentukan kelas tuas) dan dalam digital menggunakan Augmented Reality (AR).

Inovasi ini juga menggabungkan pendekatan Pendidikan Abad Ke 21 (PAK 21), Pembelajaran STEM dan Inquiry Based Science Education (IBSE).

Artikel berkaitan 

Ayat “tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan” bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

Bas ilmu SMKAMi dapat pujian ramai

15 orang guru terkejut! Tak sangka dinobatkan Hero PdPR Terbaik dan Hero PdPR Pilihan Khas Juri


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok