unikl
unikl

UniKL penuhi impian untuk belajar di Korea Selatan

Rasyidah Zulkifi
27 Jun 2022 04:17pm
A
A
A

Annyeonghaseyo. Punyai impian untuk belajar ke luar negara? Sekiranya ya, realisasikan impian anda dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di universiti universiti terkemuka Korea Selatan melalui Program Persediaan Pre-Korea, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).

Menurut Ketua Seksyen Pusat Perkembangan Pendidikan Korea UniKL, Mohd Hafizul Ismail, terdapat pelbagai tawaran pinjaman pelajaran dan biasiswa disediakan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di Korea Selatan sama ada melalui agensi-agensi kerajaan di Malaysia atau di Korea Selatan.

Tambahnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan Skim Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah di bawah Program Bakat Muda (Young Talent Development Programme - YTP).

Pelajar-pelajar Program Persediaan Pre-Korea, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Information Technology (UniKL MIIT) di Korea.

“Selain daripada pembiayaan MARA, kebanyakan universiti di Korea Selatan juga turut menawarkan biasiswa dan insentif kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa Bahasa Korea melalui Test of Proficiency in Korea (TOPIK).

“Bermula 2013, UniKL MIIT salah sebuah institusi Pendidikan MARA (IPMA) telah menawarkan laluan yang terbaik bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan, animasi, multimedia dan sains komputer melalui program Foundation in Science and Technology for Korean University (Pre-Korea),” katanya.

Ulasnya lanjut, program persediaan selama setahun setengah ini akan memberi pendedahan menyeluruh kepada Bahasa Korea yang merupakan bahasa pengantar di universiti-universiti Korea Selatan.

Selain daripada menguasai Bahasa Korea, pelajar-pelajar juga akan mempelajari subjek-subjek teknikal lain seperti Fizik, Kalkulus, Pengaturcaraan, Lukisan Grafik dan 3D.

Bermula dengan enam orang pelajar dan sebuah rakan universiti, kini terdapat lebih daripada 300 orang pelajar UniKL MIIT yang sedang dan telah menamatkan pengajian mereka di universiti-universiti terkemuka Korea seperti Universiti Hanyang, Universiti Korea, Universiti Sungkyunkwan, Universiti Wanita Ewha dan lain-lain lagi.

Sinonim dengan kejayaan melahirkan graduan terbaik yang fasih dalam Bahasa Korea, UniKL MIIT sehingga hari ini, terus menerima pemintaan bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat Korea di Malaysia antaranya Samsung, LG, Lotte, CJ Bio, POSCO dan lain-lain.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan mendaftar dalam pelbagai program ke Korea Selatan yang ditawarkan di UniKL MIIT.

Jadilah sebahagian daripada keluarga global Universiti Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, layari www.unikl.edu.my atau berhubung dengan Radziana Abdul Rahman, radziana@unikl.edu.my di talian 012-266 0774.

Artikel berkaitan 

Pendidikan Ulul Albab UniKL 

UniKL – Jabatan Pembangunan Kemahiran bakal meneroka kebolehpasaran alumni

Program pertukaran beri peluang Cikgu Nasir timba pengalaman di Korea Selatan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok