UTeM jayakan Misi Kembara Persaudaraan Islam di Kemboja
UTeM jayakan Misi Kembara Persaudaraan Islam di Kemboja

UTeM jayakan Misi Kembara Persaudaraan Islam di Kemboja

Roshlawaty Md Raieh
23 Jul 2022 02:15pm
A
A
A

Program Misi Kembara Persaudaraan Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Kemboja 2022 telah menyerlahkan peranan dan cakna universiti berkenaan kepada pihak yang memerlukan.

Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin yang menyempurnakan pelepasan program itu, baru-baru ini berkata, UTeM akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi tertentu bagi membantu golongan fakir miskin dan kurang bernasib baik dalam kalangan komuniti minoriti Islam.

“Setiap tahun, program ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan warga UTeM dan ia secara tidak langsung menzahirkan keberadaan UTeM di peringkat antarabangsa dari aspek kebajikan, tanggungjawab sosial universiti dan kesukarelawan,” ujarnya.

Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM - Kemboja 2022 kali ke-9 telah bermula 10 hingga 15 Julai lalu dan merupakan anjuran Pusat Islam dan Kelab Usrati Pusat Islam UTeM dengan kerjasama Combodia-Arabic Student Alumni Association dan Persatuan Alumni Universiti Texas.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr Mahadi Abu Hassan berkata, seramai tujuh petugas UTeM turut serta dalam program tersebut bagi membantu saudara seIslam di Kemboja menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan gembira dan sama-sama melakukan ibadah korban.

“Program ini mendapat sokongan padu dalam kalangan warga staf UTeM, Bank Islam dan masyarakat sekitar dengan penyertaan korban sebanyak 20 ekor lembu, dua ekor kambing, 84 buah wakaf perigi, bantuan pakaian dan program berkhatan oleh doktor perubatan UTeM.

“Malah, pelbagai aktiviti seperti slot dakwah dan program menyantuni asnaf turut diadakan sepanjang Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM - Kemboja 2022 ini berlangsung.

“Tidak terkecuali, turut disampaikan sumbangan kepada pembangunan masjid dan sekolah melalui Tabung Amal Jariah UTeM,” katanya.

Artikel berkaitan

Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka?

Menjulang nama Malaysia: UTeM rangkul anugerah di ASEAN Energy Awards 2021

7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok