DRKHAIRUL-CLINKROOF-SINARBESTARI-2023
DRKHAIRUL-CLINKROOF-SINARBESTARI-2023

Dr Khairul Anuar bikin sistem bumbung mesra alam guna sisa buangan kelapa sawit

nadzarul.amir
09 Jan 2023 04:13pm
A
A
A

Banjir kilat dan kenaikan suhu di bandar-bandar besar kesan daripada pulau haba bandar (urban heat island) semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Senario berkenaan menjadi pencetus idea kepada pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Khairul Anuar Shahid dalam penghasilan CLINKROOF.

Menariknya tentang inovasi berkenaan, ia dapat mengurangkan potensi berlaku banjir kilat dan menurunkan suhu di dalam bangunan menggunakan semula sisa bahan buangan sisa pepejal dari kilang sawit melalui pembinaan bumbung hijau (green roof).

Dr Khairul berkata, idea menghasilkan produk tersebut lahir apabila dia melawat kilang sawit yang berdekatan dengan UMP.

“Bumbung hijau ini dapat memberi kesan sejuk di dalam dan persekitaran bangunan.

“Selain itu, ia dapat mengurangkan potensi berlaku banjir kilat di kawasan bandar-bandar besar yang kurang permukaan tanah untuk menyerap air ke dalam tanah,” katanya.

Produk tersebut turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKA, Dr Noor Suraya Romali, Ts Dr Mohd Faizal Md Jaafar, Ts Roziah Zailan, Ts Norhaiza Ghazali dan Hasmanie Abd Halim.

Penyelidikan telah bermula sejak 2013 di bawah geran dalaman UMP dan diteruskan lagi pada tahun 2021 kerana terdapat potensi besar dalam pembikinan CLINKROOF di kawasan-kawasan sering berlaku banjir seperti Kuala Lumpur.

Dia menambah, perancangan terhadap produk itu adalah dengan meneruskan penyelidikan yang lebih mendalam bagi meningkatkan fungsi produk bersama rakan-rakan industri.

“Inovasi terbaharu ini telah dipertingkat dari segi fungsi dan kebolehbinaan. Ia diharap dapat menembusi pasaran kerana mempunyai potensi yang tinggi untuk mengurangkan berlaku banjir kilat terutama di kawasan bandar padat dengan pembangunan.

“Kos produk juga jauh lebih rendah berbanding produk konvensional kerana diperbuat daripada bahan-bahan buangan kelapa sawit dan secara tidak langsung telah menyumbang ke arah kelestarian alam,” katanya.

Penyelidikan tersebut pernah meraih pingat emas dalam Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX) pada tahun lalu.

Artikel berkaitan

Lotus’s Malaysia, Unilever kumpul dana bantu 1,000 pelajar

58,759 pelajar berjaya kumpul 110 tan sisa kitar semula

112 pelajar Politeknik Muadzam Shah, cipta arca berasaskan bahan kitar semula


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok