Dr Wong penerima pertama anugerah Osman Ali
Dr Wong penerima pertama anugerah Osman Ali

Dr Wong penerima pertama anugerah Osman Ali

Roshlawaty Md Raieh
12 Jan 2023 05:57pm
A
A
A

DR WONG JIA JIAH @ Marianne menjadi penerima pertama anugerah Osman Ali sempena majlis ‘Celebrate Your Success’ di Auditorium Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Kejayaan Dr Wong adalah berdasarkan kejayaannya lulus tepat waktu, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92 dan berhasil mendapatkan markah tertinggi dalam Peperiksaan Profesional II.

Beliau yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak menerima wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan.

“Saya begitu terkejut apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Osman Ali ini.

“Terima kasih kepada pihak universiti yang telah banyak membantu saya sepanjang pengajian,” ujarnya.

Sebahagian penerima graduan UMS yang diraikan, baru-baru ini.

Sementara itu, Dekan FPSK UMS, Profesor Dr Mohd Saffree Jeffree berkata, anugerah Osman Ali bertujuan menggalakkan kecemerlangan akademik melalui pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam program Ijazah Doktor Perubatan UMS.

“Anugerah tersebut sebagai penghormatan kepada mantan dekan pertama FPSK UMS, Profesor Dr Osman Ali yang telah menerajui fakulti sejak penubuhannya pada tahun 2003 sehingga 2011,” jelasnya.

Sambung beliau lagi, FPSK UMS ditubuhkan pada 2003 dengan pengenalan program Doktor Perubatan.

“Ambilan pertama adalah seramai 30 pelajar dan sehingga kini fakulti ini telah menghasilkan lebih daripada 1,000 doktor perubatan yang berkhidmat seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, ramai yang telah melanjutkan pelajaran menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang kepakaran dan menduduki jawatan-jawatan utama,” akhiri Mohd Saffree.

Artikel berkaitan 

Graduan UMS bangga berpakaian etnik Murut ketika majlis konvokesyen

‘Yah Kuchai’ Kampung Pisang kini lulusan Diploma Bahasa Inggeris UPSI, berhasrat jadi pendidik

Graduan OKU fizikal UMS tabah hadapi ujian, berjaya tamatkan pengajian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok