WhatsApp Image 2022-01-25 at 12.59.29 PM
WhatsApp Image 2022-01-25 at 12.59.29 PM

Faedah bekerja sambilan dalam kalangan pelajar IPT

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
25 Jan 2022 02:29pm

Bekerja sambilan merupakan perkara yang sering dilakukan oleh penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Ada banyak sebab kenapa mereka melakukannya namun yang pastinya adalah untuk menampung kehidupan tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada keluarga.

Begitulah yang dilakukan oleh Muhammad Sirri Adhwa Abdul Rahman, 20, siswa yang melakukan kerja sambilan pada masa sama belajar di Kolej Vision yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Sirri, penuntut IPTS yang ringan tulang kerana sanggup bekerja sambilan.

Anak kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini mengakui banyak manfaat yang diperolehi.

“Ya saya bekerja untuk mencari pendapatan sampingan di samping untuk elak bosan ketika di rumah.

“Dapatlah guna masa yang terbuang dengan cari duit lebih.

“Walaupun gaji itu tak seberapa tapi cukuplah untuk diri sendiri,” katanya jujur.

Pada masa ini, semua benda perlukan wang dan tiada yang percuma selagi sesuatu itu mempunyai nilai.

Umumnya, ramai penuntut IPT bergantung kepada biasiswa dan pinjaman kewangan untuk menyara kehidupan di kampus.

Namun, rata-rata mereka menemui kesukaran pada hujung semester kerana dana tersebut tidak mencukupi kerana sudah habis digunakan.

Oleh itu, bekerja sambilan merupakan pilihan terakhir bagi mereka yang rajin untuk mencari dana tambahan bagi hidup selesa di kampus.

Dengan bekerja sambilan, penuntut IPT boleh menambah kemahiran yang tidak dapat dipelajari ketika di kolej atau universiti.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Sirri, bekerja sambilan ketika di peringkat pengajian tinggi memberikan kebaikan kepada penuntut IPT untuk mengisi masa lapang dengan perkara bermanfaat dan tidak membuang masa dengan perkara bukan-bukan.

Jika pelajar mempunyai kelas dari hari Isnin sehingga Jumaat, maka boleh manfaatkan cuti Sabtu dan Ahad khas untuk bekerja sambilan.

Yakinlah, bahawa masih ramai majikan di luar sana menyediakan lambakan peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga separuh masa.

Perkara paling penting yang pelajar perlu yakin adalah mereka mesti komited bekerja mengikut arahan yang ditetapkan oleh majikan.

Menurut Sirri, dia memperoleh pengalaman baru setelah bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera terkemuka di negara kita.

“Saya dapat pengalaman baru bekerja di sini. Saya belajar menghadapi susah dan senang mencari rezeki yang halal.

“Selain itu, kalau saya ada kelas, saya akan cuti kerja ataupun bekerja separuh hari bergantung kepada jadual kelas,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Artikel berkaitan 

Terpilih sebagai Felo Perdana, 4 anak muda Malaysia tak sabar berkhidmat untuk negara

7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp