Prof. Ts. Dr. Ruzairi
Prof. Ts. Dr. Ruzairi

Geran penyelidikan, UTHM terima lebih RM3 juta

Norliza WasilanNorliza Wasilan
20 Sep 2022 10:24am

Geran penyelidikan cukup penting terutamanya pensyarah atau pakar di universiti untuk melakukan kajian dalam bidang kepakaran masing-masing.

Menyedari hakikat itu, Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperuntukkan RM 3,817,194 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tahun ini, untuk tujuan penyelidikan.

Dr Ruzairi.

Menurut Naib Canselor UTHM, Profesor Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim, geran berkenaan akan dimanfaatkan untuk tujuan 37 projek penyelidikan membabitkan enam bidang.

Ujarnya, bidang berkenaan membabitkan sains sosial, sains tulen dan gunaan, sastera dan sastera ikhtisas, teknologi dan kejuruteraan, warisan alam dan budaya serta teknologi maklumat dan komunikasi.

“Penerima dana penyelidikan tertinggi membabitkan penyelidik dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Ts Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar.

“Penyelidikan beliau membabitkan ‘Ethnozoology and Wildlife Consumption Among Aborigines (Orang Asli) in Peninsular Malaysia’ dengan nilai geran sebanyak RM195,000,” ujarnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Foto/UTHM.

Mengulas lanjut, Dr Ruzairi merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua kumpulan penyelidik yang telah berjaya memperoleh geran berkenaan.

Tambahnya, melalui geran berkenaan, diharapkan dapat membantu ahli akademik untuk melakukan penyelidikan demi pembangunan negara.

“Kepada penerimaan geran, saya berharap ia dapat memberi ruang dan peluang kepada ahli akademik dan pakar dalam bidang masing-masing di universiti ini untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.

“Ini kerana, dengan penyelidikan ia akan membantu negara memacu ekonomi inovatif berlandaskan penyelidikan dan pembangunan,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan

Pensyarah UTHM bantu guru sekolah kenal pasti kualiti air sungai

UTHM angkat martabat sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor menerusi RICHER

3 pelajar perubatan Malaysia bakal jalani penyelidikan di Harvard


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp