HomeIPTBuletin IPTJAKIM perkasa peranan mahasiswa dalam memartabatkan status halal di Malaysia

JAKIM perkasa peranan mahasiswa dalam memartabatkan status halal di Malaysia

Putrajaya – Program Kesedaran Halal Malaysia Bersama Mahasiswa Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kali ini memperkasakan peranan mahasiswa dalam memartabatkan status halal di Malaysia.

Pengarah Bahagian Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir berkata, program kesedaran halal ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi memberikan kesedaran dan menyampaikan informasi terkini kepada semua masyarakat.

Baca juga

Penyelidik UKM hasilkan Chippie Choc Cookies

Undi18: KPT berperanan sediakan mahasiswa matang dalam politik – Noraini

“Kali ini, kita menjemput mahasiswa kerana mereka turut terlibat dalam usaha menyampaikan maklumat khususnya golongan muda yang sinonim dengan penggunaan media sosial.

“Pelajar yang hadir boleh melihat sendiri bagaimana proses pengurusan halal itu berlaku supaya informasi tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestlé dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Halal, Nestlé Malaysia, Othman Mohd Yusoff yang membuat sesi perkongsian halal kepada pelajar yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestlé dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Halal, Nestlé Malaysia, Othman Mohd Yusoff yang membuat sesi perkongsian halal kepada pelajar yang hadir.

Berkongsi mengenai pengurusan halal, Othman berkata, bagi membolehkan Nestle menembusi pasaran sesebuah negara, pihaknya perlu mengenal pasti isu utama terlebih dahulu dan bagi di pasaran Malaysia, ia membabitkan kepentingan status halal.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Jika sebelum ini, semua orang boleh menulis perkataan halal pada produk yang dikeluarkan, selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya.

“Kini apabila proses pensijilan telah dilakukan bersama-sama JAKIM, akta juga telah dipinda dan status halal tidak boleh lagi ditulis tanpa pengiktirafan dan pensijilan yang sah sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna mengenai status halal bagi produk makanan atau minuman yang dikeluarkan,” jelasnya.