MoA antara UTeM dan HsH kukuhkan hubungan strategik Malaysia, Jerman
MoA antara UTeM dan HsH kukuhkan hubungan strategik Malaysia, Jerman

MoA antara UTeM dan HsH kukuhkan hubungan strategik Malaysia, Jerman

Roshlawaty Md Raieh
18 Aug 2022 05:29pm
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Hochschule Hannover (HsH) University of Applied Sciences and Arts di Kampus Linden, Hannover, Jerman, baru-baru ini.

Kerjasama antara dua buah universiti ini juga memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara Malaysia dan Jerman dalam konteks Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras dunia.

Pada majlis pemetraian MoA tersebut, UTeM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin manakala HsH diwakili oleh Naib Presiden Pengajaran dan Pembelajaran serta Hubungan Antarabangsanya, Profesor Dr Dörte Heüveldop dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Bio Proses, Profesor Dr Wolgang Strache disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Massila berkata, kerjasama strategik ini mampu memperkasa hubungan dua hala dalam semua bidang terutamanya dalam usaha berterusan kerajaan untuk menawarkan pengajian tinggi TVET melalui program double degree antara UTeM dan HsH.

Jelasnya, perjanjian ini turut dilihat sebagai peluang buat UTeM meneroka kerjasama yang lebih erat dalam memperkasa program akademik terutamanya di peringkat sarjana muda antara kedua-dua universiti termasuklah kerjasama penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan pasca siswazah dan penyelidik dari kedua-dua institusi.

Tambahnya lagi, MoA itu juga akan membuka lebih banyak peluang untuk Malaysia dalam meneroka potensi bagi mengukuhkan kedudukan sebagai hab pendidikan di Asia Tenggara bagi pasaran Eropah terutamanya keterlihatan institusi pengajian tinggi Malaysia khususnya dalam program TVET.

Sementara itu, Profesor Dr Dorte Heuveldop berkata, beliau yakin kerjasama antara UTeM dan HsH amat berjaya yang mana kedua-dua institusi sentiasa memberi penekanan yang kuat terhadap pengajaran berorientasikan amalan dan penyelidikan gunaan.

“Untuk itu HsH sentiasa berkerjasama rapat dengan industri dan institusi dalam menyediakan pelajar untuk keperluan masa hadapan,” ujarnya lagi ketika mengulas mengenai hubungan strategik ini.

HsH yang ditubuhkan pada 1971 merupakan salah sebuah universiti Sains Gunaan terbesar dan antara universiti awam terkemuka di Jerman yang terkenal melalui reputasi dan kecemerlangannya dalam bidang sains gunaan, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan bio-proses, media, informasi dan reka bentuk serta sains komputer dan perniagaan.

Artikel berkaitan 

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 

UTeM jayakan projek komuniti bangunkan Sudut Hikmah di masjid 

 Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka?


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok