1618410
1618410

Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bantu pelajar luar bandar atasi masalah kemasukan universiti

Adlan Farhan Azwan
14 Mar 2022 12:30pm
A
A
A

BERA - Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dapat membantu pelajar luar bandar atau pedalaman melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, program JPKM yang dilaksanakan adalah untuk membantu mereka yang tercicir akibat daripada syarat-syarat kemasukan universiti.

“Jelajah ini juga memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang terkesan dengan syarat tersebut untuk mendapat tempat di universiti, institut pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta termasuk juga bahagian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan sebagainya.

Baca juga

Minat sambung diploma di IPTS, mohon segera wang pendahuluan PTPTN

Kanak-kanak tadika berhenti sekolah akibat kekangan wang, MAIWP tampil membantu

“Terdapat pelajar yang mendapat tempat di universiti tetapi tidak berkemampuan dari segi pendapatan keluarga bagi melanjutkan pelajaran mereka. Jadi, dengan adanya program JPKM, pihaknya boleh membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

“Program itu akan diadakan di 50 lokasi seluruh negara agar golongan tersebut dapat didekati sekali gus memudahkan urusan mereka melanjutkan pengajian di IPT,” katanya ketika merasmikan JPKM di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini pada Ahad.

Melalui JPKM, kerajaan dapat menilai kemampuan kewangan dan memadankan pelajar dengan bantuan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan tajaan anak-anak asnaf.

Tambah beliau lagi, ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak berjaya diterima memasuki IPT berikutan kesilapan mengisi borang Unit Pusat Universiti (UPU).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

“Menerusi JPKM ini, pelajar-pelajar boleh berjumpa de­ngan pihak IPT, ditemu duga terus bagi membantu kemasukan mereka sekiranya meme­nuhi kriteria ditetapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan program JPKM telah memanfaatkan seramai 1,583 pelajar yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke IPT sejak dilancarkan di Segamat, Johor minggu lalu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok