Kempen Penanaman 100 Juta Pokok babitkan 152 pelajar baharu
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok babitkan 152 pelajar baharu

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok babitkan 152 pelajar baharu

Roshlawaty Md Raieh
26 Oct 2022 09:42am
A
A
A

Seramai 152 pelajar baharu Fakulti Perhutanan dan Tropika (FPT) sesi 2022/2023 Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut serta dalam menyemarakkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Sfera@UMS, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar baharu berkenaan Program Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat UMS sempena Minggu Suai Mesra (MSM) ke-28 tahun ini.

Menurut kenyataan FPT, setiap pelajar baharu berpeluang menanam sebatang anak pokok dan menjadikan jumlah keseluruhan tanaman pada program tersebut adalah sebanyak 200 anak pokok.

Antara anak pokok yang ditanam pada program kali ini ialah Selangan Batu, Urat Mata, Cempedak dan Durian.

FPT juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah yang telah menyumbangkan anak-anak pokok berkenaan.

MSM peringkat FPT telah diadakan 13 Oktober lalu bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar baharu mengenali dengan lebih dekat barisan pengurusan FPT, pendedahan mengenai program pengajian yang ditawarkan dan laluan kerjaya yang berkaitan.

Kemasukan pelajar baharu UMS sesi 2022/2023 merupakan ambilan kedua FPT sejak ia ditubuhkan pada 26 Mac 2021.

Artikel berkaitan 

UMS rangkul 2 anugerah di Pertandingan Debat Antirasuah IPT

Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2021 milik Yishal dari UMS

Kerjaya renjer hutan, bidang mencabar buat pencinta alam


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok