UTM MoU UII
UTM MoU UII

Kerjasama UTM dan Universitas Islam Indonesia, beri peluang jalankan penyelidikan bersama

webadmin
16 Mar 2022 02:59pm
A
A
A

SKUDAI - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui BioMedical Instrumentation and Electronics (bMIE) Research Group (BMIE RG) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Islam Indonesia (UII) bagi memberi peluang kepada pelajar serta staf kedua-dua universiti untuk menjalankan penyelidikan bersama, perkongsian ilmu, pertukaran teknologi dan budaya.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, kerjasama antara universiti sentiasa digalakkan kerana memberikan manfaat bersama dan sinergi kepada kedua-dua pihak dalam usaha ke arah peningkatan masyarakat dan industri.

“Kerjasama dengan UII ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kedua-dua universiti. Ini boleh dicapai melalui perkongsian sumber manusia, amalan terbaik, latihan dan bahan pengajaran, pengetahuan teknologi serta peralatan makmal,” katanya pada majlis menandatangani MoU itu.

Baca juga

Jalinan kerjasama antara CPA Australia dan UNIRAZAK, usaha dalam memperkasa pemahaman sistem cukai negara

UMT, IMEC meterai MoU

Majlis memeterai MoU antara UTM dan UII telah diadakan secara dalam talian yang dihadiri oleh wakil dari kedua-dua universiti berkenaan menerusi Microsoft Teams, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kerjasama antara UII dan UTM juga akan membolehkan kakitangan universiti untuk menjalani lawatan jangka pendek, penyelidikan bersama, penggunaan makmal dan peralatan, program latihan, seminar atau persidangan bersama yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

Selain itu, jalinan kerjasama telah bermula sejak 2018, apabila Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE), Fakulti Kejuruteraan, UTM telah menerima kunjungan empat staf akademik UII dan perjumpaan rasmi diadakan bersama ahli Kumpulan Penyelidikan BioMedical and Instrumentation Electronics (BMIE RG) dan Pengurusan SKE.

Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut adalah mewujudkan hubungan dan mempergiatkan aktiviti akademik serta penyelidikan di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang Elektronik Perubatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sejak itu, bermulalah lawatan tapak oleh wakil BMIE RG ke makmal pengajaran di UII, penglibatan acara persidangan sebagai ucaptama di 1st International Biomedical Instrumentation and Technology Conference (IBITeC 2019) di Yogyakarta, Indonesia anjuran UII dan penulis jemputan untuk aktiviti berkaitan penyelidikan, pengajaran bersama, serta sesi perkongsian ilmu bersama pelajar secara atas talian berikutan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, melalui jaringan kerjasama ini diharap dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak seperti perkongsian dan pengembangan ilmu sama ada melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembentukan kurikulum baharu mahupun latihan abad ke-21.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok