WhatsApp Image 2022-01-12 at 3.29.12 PM
WhatsApp Image 2022-01-12 at 3.29.12 PM

Kerjasama UTM, Ericsson, DNB perkasa penggunaan 5G dalam pendidikan

Adlan Farhan Azwan
12 Jan 2022 03:30pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persefahaman tiga pihak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ericsson dan Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengumumkan kerjasama dalam satu inisiatif pendidikan 5G.

Kerjasama ini akan membolehkan pelajar UTM mengambil bahagian serta menyumbang kepada ekonomi digital negara dan transformasi Industri 4.0.

Selari dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ketiga-tiga pihak ini, Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama terkini.

Menurut Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail, kerjasama yang dibina bersama Ericsson dan DNB adalah untuk menyepadukan kandungan yang dipacu industri dengan kurikulum UTM.

Baca juga Rangkaian 5G, inisiatif rapatkan jurang digital antara tumpuan KKMM

Baca juga Pengurusan pendidikan penting dalam mendepani akhlak remaja di era digital

“Usaha ini bagi membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan graduan kami agar berdaya saing dalam persekitaran kerja Industri 4.0,” katanya.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Digital Nasional Berhad, Zuraida Jamaluddin berkata, 5G akan menjadi pemangkin utama dalam mengubah ekonomi digital Malaysia, dan bakal menaik taraf cara kita bekerja, bermain, berinovasi dan belajar.

DNB merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang diberi mandat untuk melancarkan rangkaian dan infrastruktur 5G di Malaysia mengikut jadual yang dipercepatkan.

“Dengan latensi lebih rendah, kelajuan lebih pantas dan keupayaan AR/VR, 5G akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mendalam serta memacu inovasi dalam banyak aspek pendidikan,” ujarnya lagi.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Pada Disember 2021, UTM menjadi antara universiti pertama di Malaysia yang menikmati liputan 5G di bawah pelancaran 5G DNB yang pertama di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Seluruh kawasan kampus UTM Kuala Lumpur adalah antara 500 tapak yang diupayakan 5G di negara ini, sekaligus menjadikan UTM Kuala Lumpur kampus universiti awam pertama di Malaysia dengan liputan 5G komersial.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok