Kesidang Mas beri peluang Naib Canselor selami permasalahan warga kerja universiti
Kesidang Mas beri peluang Naib Canselor selami permasalahan warga kerja universiti

Kesidang Mas beri peluang Naib Canselor selami permasalahan warga kerja universiti

Roshlawaty Md Raieh
29 Jul 2022 04:10pm
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai formula tersendiri dalam mewujudkan medan komunikasi dua hala yang efektif antara Naib Canselor dan keseluruhan lapisan warga kerja universiti berkenaan.

Antara yang diwujudkan adalah Kesidang Mas iaitu platform terbaik untuk Naib Canselor berkomunikasi secara dari hati ke hati bersama kesemua lapisan dan kumpulan warga kerja UTeM.

Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila berkata, Kesidang Mas yang berlangsung baru-baru ini, berjaya menjadi medium untuknya menyampaikan hasrat kepimpinan selaku Naib Canselor baharu dan pada masa sama dirinya dapat mendengar luahan dan permasalahan yang dihadapi setiap warga kerja universiti secara terbuka.

Beliau berkata, Kesidang Mas dilaksanakan menerusi lima sesi perjumpaan yang dibahagikan kepada kumpulan Guru Bahasa dan Pensyarah gred DS45; Kumpulan sokongan; kumpulan Pengurusan dan Profesional (pentadbir); kumpulan Pensyarah Kanan DS52 dan Profesor Madya serta kumpulan Profesor.

“Hasil daripada pelaksanaan Kesidang Mas ini, maka pelbagai dapatan hebat telah saya perolehi melalui perkongsian input dan luahan daripada setiap kumpulan kerja berkenaan.

“Impak program ini amat besar kerana dari sini saya boleh merangka dan menguruskan UTeM dengan lebih baik kerana saya tidak keseorangan tetapi bersama seluruh warga UTeM menjajar universiti melonjak ke hadapan,” ujarnya.

Mengulas mengenai nama Kesidang Mas, Massila berkata, ia berkaitan dengan Bunga Kesidang yang merupakan bunga rasmi negeri Melaka dan UTeM manakala Mas pula merujuk kepada emas dan orang ramai seringkali menyebut mas di samping Mas juga adalah singkatan kepada nama Massila.

Sementara itu, UTeM adalah organisasi yang unik kerana ia merupakan gabungan tenaga kerja daripada pelbagai kumpulan kakitangan.

“Dengan jumlah sumber manusia lebih 2,000 orang, maka sudah tentulah kita perlu mempunyai medan komunikasi strategik dan efisien seperti Kesidang Mas ini agar objektif organisasi tercapai di samping kebajikan mereka juga terpelihara,” kata Massila.

Artikel berkaitan 

Tamat pengajian sarjana dalam bidang TESL, Najwa Latif teruja mahu bergelar Doktor

Ditinggalkan sejak kecil tanpa taraf kewarganeganegaraan.. Rohana syukur dapat sambung belajar

“Kuasai subjek Biologi sebelum jadi ahli zoologi” – Cikgu Muhd Fazli


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok