Kumpulan Serpihan UMT juarai Ocean Challenge 2022, bawa pulang hadiah bernilai RM7,500
Kumpulan Serpihan UMT juarai Ocean Challenge 2022, bawa pulang hadiah bernilai RM7,500

Kumpulan Serpihan UMT juarai Ocean Challenge 2022, bawa pulang hadiah bernilai RM7,500

Roshlawaty Md Raieh
21 Sep 2022 05:28pm
A
A
A

Kumpulan Serpihan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjuarai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang dianjurkan Ocean Affairs Council (Majlis Hal Ehwal Lautan) Taiwan dan American Institute in Taiwan, Cawangan Kaohsiung, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai NT$50,000 (RM7,500) dan sijil penyertaan.

Kumpulan Serpihan UMT terdiri daripada enam pelajar Sarjana Muda Sains Biologi Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, iaitu Nadia Umar Ridzuan, Brendon Vun Man Fook, Muhammad Faris Hadi Zulkifli, Aizatul Jasmine Azizan, Jennifer Janani Sathiaseelan dan Amanda Fika Kanchan.

Penasihat Kumpulan, Dr Maizah M Abdullah berkata, Kumpulan Serpihan merupakan wakil tunggal Malaysia yang berjaya mara ke peringkat akhir dalam kategori Ocean Challenge 2022 atau Cabaran Lautan 2022.

“Sejarah kejayaan Mogesh Sababathy iaitu alumni program Biologi Marin dan Projek Ocean Hope UMT memberi inspirasi kepada pelajar semasa untuk turut pergi jauh dalam bidang kepimpinan alam sekitar marin pada peringkat global,” katanya yang sering mengingatkan pelajar bahawa saiz dan di mana lokasi universiti berada tidak penting tetapi kualiti ilmu yang diperoleh di UMT membuktikan pelajar-pelajar berada di barisan hadapan dalam bidang marin bukan sahaja pada peringkat nasional malahan juga peringkat antarabangsa.

Kumpulan Serpihan UMT berharap akan berpeluang menyertai pertandingan sebegini pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Serpihan, Nadia berkata, kemenangan itu adalah hadiah bermakna buat universiti dan mereka berharap akan dapat menyertai pertandingan peringkat antarabangsa lagi pada masa akan datang.

Ocean Challenge merupakan program yang telah dilancarkan pada 2019.

Ia bertujuan melibatkan pelajar dan generasi muda seluruh dunia mengenai krisis lautan dan untuk menggalakkan mereka sentiasa aktif dalam memerangi cabaran lautan.

Artikel berkaitan 

UMT jayakan World Oceans Week sebagai tanda sokongan terhadap kempen

UMT mantap proses simpanan data, capai skala 5 bintang

Membanggakan! Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok