pexels-tima-miroshnichenko-6266453
pexels-tima-miroshnichenko-6266453

Mahasiswa dinasihatkan berhati-hati, muslihat penipuan rumah sewa oleh ‘scammer’

Rasyidah Zulkifi
07 Oct 2022 03:21pm
A
A
A

Ramai mahasiswa berpusu-pusu mencari rumah sewa bagi menyambung baki pengajian untuk semester baharu bermula bulan ini.

‘Scammer’ juga tidak melepaskan peluang untuk memperdayakan golongan ‘mentah’ ini bagi mendapatkan duit dengan cara mudah.

Untuk itu, pelajar-pelajar dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik ‘scammer’ yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus yang giat diuar-uarkan menerusi media sosial.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Mansur, semua pelajar perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan kaedah penipuan secara dalam talian ini.

“Masalah ini timbul apabila pelajar yang akan mula kembali ke kampus dan meneruskan kaedah pengajian secara bersemuka.

“Scammer mengambil kesempatan inilah bagi mengaut keuntungan apabila semester dibuka nanti dan pelajar sedang mencari rumah sewa.

“Justeru, saya menyeru kepada para pelajar untuk merujuk kepada Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS untuk menghindarkan penipuan seperti ini dari terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Kasim turut menasihatkan agar pelajar-pelajar yang mencari rumah sewa sendiri perlu terlebih dahulu membuat semakan, selain memeriksa rumah yang bakal diduduki sebelum membuat bayaran deposit bagi mengelakkan mereka ditipu.

Tambahnya, tempat penginapan berkenaan perlulah memenuhi keperluan minimum yang telah ditetapkan seperti penyediaan bekalan elektrik, air, kipas, tandas dan dapur.

Ujarnya lagi, penyewa hendaklah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan yang bersesuaian untuk memudahkan urusan harian pelajar-pelajar.

“Tuan rumah di sekitar UMS yang berminat untuk menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar boleh berhubung dengan PNRF, UMS supaya pihak kami dapat mengenal pasti dan mengesahkan yang penyewa bukanlah scammer,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Mahasiswa raih kemenangan berkembar, bukti pelajar kejuruteraan mampu berjaya dalam bidang keusahawanan

Mahasiswa bawa pulang RM27,900 dalam James Dyson Award, menang inovasi MA-Pencil bantu perkembangan kanak-kanak autisme 

Mahasiswa stres kos sara hidup tinggi, kurang akses fasiliti awam, bantuan ‘cukup makan’


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok