UUM-Graduan (1)
UUM-Graduan (1)

Menjadi ibu kepada 4 anak dan bekerjaya sepenuh masa bukan alasan buat graduan ini raih keputusan cemerlang

webadmin
15 Mar 2022 12:12pm
A
A
A

Memiliki semangat tinggi dan bersungguh-sungguh dalam tugasan sangat penting untuk mencapai kecemerlangan terutamanya bagi mereka yang berkerjaya dan memilih menjadi pelajar separuh masa.

Itu antara rahsia kejayaan yang menjadi tonggak kekuatan kepada graduan Ijazah Sarjana Sains (Sains Koreksional), Normariza Omar, 38, sehingga mendorongnya mencapai keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93 pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-33 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah, semalam.

Luar biasa semangat yang dimiliki ibu kepada empat anak itu yang bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai isteri sahaja, malah bekerja sebagai penjawat awam di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Baca juga

UUM bersedia meraikan 4,053 bakal graduan

“Bergelar OKU bukan penghalang untuk berjaya” – Graduan UKM

Dia mengakui bukan mudah untuk berada di tahap ini kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan.

Menurutnya, cabaran sangat hebat kerana dia perlu membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pelajaran yang adakalanya membuatkan dirinya hampir berputus asa.

“Di rumah, saya perlu menguruskan anak-anak dan suami, manakala di pejabat pula saya merupakan Ketua Unit Pencegahan AADK yang mana setiap minggu ada sahaja pembentangan yang perlu dibuat. Inilah harga yang perlu dibayar untuk menggapai impian.

“Saya percaya ALLAH menguji hamba-Nya mengikut kemampuan masing-masing. Mendekatkan diri kepada-Nya setiap kali merasakan diri sedang diuji. Sejujurnya saya belajar bukan semata-mata untuk kerja tetapi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak agar lebih berjaya di masa hadapan,” katanya.

Tambah Normariza lagi, bidang pengajian yang diikutinya sangat berkaitan dengan tugas dan karier sebagai Pegawai Pemulihan di AADK.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

"Ilmu teori yang dipelajari di UUM dapat dipraktikan sepenuhnya ketika menjalankan tugasan ini dan saya berterima kasih di atas komitmen serta sikap keterbukaan pensyarah yang mesra pelajar tanpa mengira masa dan waktu," ujarnya.

Selain itu, Normariza menjelaskan bahawa keputusan menyambung pengajian dibuat kerana ingin menambah ilmu pengetahuan berikutan masih banyak yang perlu dipelajari sekali gus mendorong dirinya untuk terus belajar tanpa berputus asa sambil mempraktikkan apa yang dipelajari kerana ilmu tanpa amal adalah sia-sia.

“Saya mahu mereka melihat ilmu sebagai sesuatu yang sangat penting bagi meningkatkan martabat diri. Hari ini adalah hari yang membanggakan bagi kedua ibu bapa dan suami yang benyak memberi sokongan.

“Apa yang dilakukan niat kerana Allah, jaga sembahyang, sentiasa berdoa, tawakal atas setiap usaha yang dilakukan pasti ALLAH mudahkan urusan kita. Walau setinggi mana jawatan kita, sentiasa hormat suami, ibu bapa, dan pensyarah untuk keberkatan ilmu yang dipelajari,” tuturnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok