Atlet MSU yang meraih kemenangan besar bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (kanan).
Atlet MSU yang meraih kemenangan besar bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (kanan).

MSU cemerlang pada SUKIPT 2022, sukan bela diri julang nama, raih pingat bagi setiap kategori

Rasyidah Zulkifi
12 Sep 2022 02:11pm
A
A
A

Kontinjen Management & Science University (MSU) menamatkan cabaran universiti berkenaan dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi Ke-5 2022 dengan mengutip dua pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa serta berada dalam kelompok 20 institusi pengajian tinggi (IPT) terbaik pada edisi kali ini.

Kejayaan itu adalah pencapaian terbaik MSU sepanjang penyertaan dalam SUKIPT bermula pada edisi pertama sukan itu pada 2012.

Sukan tempur menjadi penyumbang terbesar kutipan pingat MSU, dengan skuad karate telah menyumbang pingat emas bagi kategori individu wanita menerusi penuntut kolej MSU Pulau Pinang, Lim Hui Ling.

Sementara itu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, Shalini Rajandran meraih perak bagi kategori kumite 68kg wanita, manakala tiga pingat gangsa bagi kategori kumite 50kg wanita menerusi penuntut Sarjana Muda Sains Forensik, Sarmatha Tamilmaran; penuntut Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari kolej MSU Pulau Pinang, Dhinesh Kumar Marimuthu (kategori kumite 67kg lelaki) dan bagi kategori kumite berpasukan wanita.

Skuad taekwondo pula menyumbang pingat emas menerusi penuntut Sarjana Muda Perakaunan, Livinnia Subramaniam bagi kategori Kyorugi 49-53kg wanita dan pingat gangsa menerusi penuntut Sarjana Muda Psikologi dengan Pemasaran, Ruvindran David bagi kategori Kyorugi 58-63kg lelaki.

Turut menyumbang pingat gangsa ialah skuad silat menerusi penuntut Sarjana Muda Forensik Komputer, Amira Amri bagi kategori Kelas B Puteri, manakala acara olahraga 3,000m lari berhalangan diraih oleh pnuntut kolej MSU Shah Alam, Arun Nadarajah.

SUKIPT 2022 melibatkan penyertaan sebanyak 66 kontinjen dengan kira-kira 6,000 atlet dari universiti awam, universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

Artikel berkaitan 

MSU buka peluang kerja, lanjutkan pengajian 

MSU College Sarawak anjur program jalinan komuniti 

Yayasan MSU bantu pelajar cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok