HONOR-UITM-AWARD-SINARBESTARI-2022 (2)
HONOR-UITM-AWARD-SINARBESTARI-2022 (2)

Nurul Hayat, Muhammad Rahimi rangkul hadiah utama Honor Talents 2022 Global Design Awards

nadzarul.amir
09 Dec 2022 09:40am
A
A
A

Graduan Seni Reka Grafik, Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Nurul Hayat Khairuddin dan Muhammad Rahimi Mohammad Rafie merangkul hadiah utama Honor Talents 2022 Global Design Awards yang diadakan baru-baru ini.

Kedua-duanya memenangi hadiah utama dan membawa pulang sebuah komputer riba Honor MagicBook 14.

Nurul Hayat yang berusia 25 tahun menjelaskan, karyanya yang bertajuk Extraordinary Cuisine for Eid Fitri berjaya dihasilkan dalam tempoh tiga hari.

“Cetusan idea rekaan adalah daripada kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin menterjemahkan keseronokan perayaan tersebut dalam bentuk seni.

“Pada pandangan saya, perayaan itu bukan sahaja disambut oleh orang yang beragama Islam tetapi dapat dirasai segenap lapisan masyarakat negara ini,” katanya kepada Sinar Bestari.

Wanita yang berasal dari Johor Bahru, Johor, itu menambah, hasil karya doodle tersebut menampilkan makanan tradisi masyarakat Islam negara ini.

Selain itu, Nurul Hayat memberitahu, dia turut mengetengahkan makanan tradisi masyarakat Bugis iaitu burasak.

Muhammad Rahimi merangkul hadiah utama Honor Talents 2022 Global Design Awards yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Rahimi yang menghasilkan karya bertajuk Black and White pula berkata, dia mengambil masa kira-kira satu minggu untuk menyiapkan karya tersebut.

“Dalam rekaan tersebut, objek utama yang saya gunakan adalah harimau sebagai pelindung negara dan beberapa mercu tanda serta subjek-subjek berkenaan Malaysia.

“Saya sangat gembira kerana Honor Talents 2022 Global Design Awards dapat dijadikan platform untuk memberi pendedahan kepada karya-karya seni para pelajar,” ujarnya lanjut.

Honor Talents 2022 Global Design Awards merupakan kolaborasi Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM bersama Honor Malaysia.

Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi (enam dari kiri) bersama Justin Li (tujuh dari kiri) pada Majlis penyampaian hadiah Honor Talents 2022 Global Design Awards yang berlangsung di dewan Berlian, UiTM kampus Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di dewan Berlian, UiTM kampus Puncak Alam, Selangor, telah dirasmikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li; Pengarah Pendidikan Malaysia-Beijing, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor, Profesor Madya Dr Badrul Isa; Dekan Kolej Seni Kreatif (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Dr Amer Shakir Zainol dan Pegawai Pemasaran Honor Malaysia, Joanne Lim.

Sebanyak 200 penyertaan diterima daripada para pelajar seluruh kampus UiTM terutama daripada Program Akademik Seni Reka Grafik, KPSK.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 160 penyertaan ditapis dan melalui proses penjurian pihak Honor Malaysia.

Artikel berkaitan

Pasukan Koir UiTM ungguli kejuaraan Festival Koir Antarabangsa di Barcelona

Pengacara popular, Hawa Rizwana akhirnya berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!

Techlympics 2022 anjuran FSKM UiTM Machang tarik minat pelajar aliran agama dalam bidang robotik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok