techlympics_3
techlympics_3

Techlympics 2022 anjuran FSKM UiTM Machang tarik minat pelajar aliran agama dalam bidang robotik

Adlan Farhan Azwan
22 Sep 2022 04:11pm
A
A
A

Kemahiran bidang robotik yang diterapkan dalam sistem pendidikan hari ini dilihat antara usaha untuk memupuk minat dan menggalakkan pelajar menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ini kerana hari ini, penggunaan robotik telah menjadi satu keperluan terutamanya dalam industri pembuatan, pembinaan dan operasi.

Sehubungan itu, pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Machang, Kelantan baru-baru ini telah mengadakan Program Techlympics 2022: Millennial Inventor Outreach di enam buah sekolah sekitar negeri Kelantan bagi menarik minat pelajar aliran agama menceburi bidang robotik.

Keenam-enam buah institusi pendidikan yang terlibat terdiri daripada Maahad Syamsul Maarif, Labok; Maahad Tahfiz AI-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong; Maahad Syamsul Maarif, Pulai Chondong; dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

Para peserta memberikan tumpuan semasa sesi penerangan aktiviti. Kredit foto: UiTM Cawangan Machang

Program yang mendapat kerjasama pihak industri, Jazro Robotic Academy itu merupakan inisiatif pemerkasaan pendidikan sains dan teknologi di bawah FSKM menerusi pendedahan bidang robotik kepada pelajar-pelajar sekolah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program bersama industri ini dilaksanakan bagi menyediakan para pelajar dengan pengetahuan teknologi serta kesedaran tentang kepentingan kemahiran teknologi pada abad ini, era lndustri Revolusi 4.0 (IR4.0).

"Ia juga dapat memberi peluang kepada peserta di kawasan Pantai Timur untuk mendapatkan pengalaman mengendali mekanikal dan elektronik komponen untuk ilmu teknologi digital serta meningkatkan kemahiran pengaturcaraan melibatkan robotik dan mikropengawal," jelas kenyataan itu.

Dengan kejayaan penganjuran tersebut, UiTM dan Jazro Robotic Academy telah merancang untuk menganjurkan Fasa Kedua dalam masa terdekat dengan memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah di negeri Kelantan dan seluruh Pantai Timur.

Artikel berkaitan

Penerapan STEM di peringkat universiti, apa kesannya?

Minat robotik sejak sekolah rendah, dorong siswazah gondol 2 anugerah dalam dan luar negara

Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM cemerlang di World Scholar’s Cup Global Round 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok