MOU UITM CIMA
MOU UITM CIMA

Peluang mahasiswa Malaysia, jadi akauntan bertauliah

Rasyidah Zulkifi
09 Sep 2022 03:48pm
A
A
A

Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) merupakan badan professional yang bertanggungjawab melahirkan akauntan bertauliah yang berpangkalan di Eropah.

CIMA dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) melalui program pembelajaran kendiri secara digital iaitu Chartered Global Management Accountant (CGMA) Finance Leadership Program.

Kerjasama ini membolehkan pelajar sarjana muda dan sarjana UiTM mengakses pendidikan secara dalam talian terutama mereka dalam bidang perakaunan, perniagaan serta kewangan untuk mempelajari kemahiran kewangan yang setara dengan peringkat sarjana.

Menurut Naib Presiden Serantau, Association of International Certified Professional Accountants (AICPA), Venkkat Ramanan, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan UiTM dalam usaha mempromosikan program kewangan mereka.

“Platform pembelajaran digital yang lengkap ini membolehkan pelajar jurusan perakaunan, perniagaan dan kewangan menjadi akauntan bertauliah.

“Impak daripada Covid-19, adalah penting bagi graduan untuk memiliki kemahiran dan kecekapan yang kukuh untuk berdaya saing dalam pasaran kerja hari ini.

“Saya percaya bahawa CGMA Finance Leadership Program merupakan medium yang tepat bagi membangunkan pertumbuhan minda pelajar untuk berjaya dalam dunia perniagaan yang berkembang pesat,” ujarnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman, berkata, pelajar yang menyertai program berkenaan berpotensi untuk menjawat jawatan sebagai akauntan bertauliah di CGMA.

Selain itu, tambah Suzana, program ini akan mewujudkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran baharu kepada pelajar serta pensyarah UiTM, pada masa sama ia menyokong pembangunan kemahiran dalam bidang kewangan, perakaunan, perniagaan dan kemahiran.

Ujarnya, usaha ini selaras dengan misi dan strategi Pendidikan 5.0@UiTM untuk menyokong pelajar berkembang dan berjaya melalui laluan pendidikan baharu.

Artikel berkaitan 

Mahasiswa UPM anjur e-kempen mencari Ulul Quran anak-anak istimewa dan autisme 1.0  

Zaiton teraju MyPAC, bantu lebih ramai pelajar B40, asnaf jadi akauntan bertauliah

6 tip menjadi akauntan bertauliah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok