Pemerkasaan mahasiswa secara holistik
Pemerkasaan mahasiswa secara holistik

Pemerkasaan mahasiswa secara holistik menerusi TUAH Index

webadmin
11 Mar 2022 03:24pm
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai formula tersendiri bagi mencorak pencapaian unggul mahasiswa secara holistik menerusi kaedah TUAH Index.

Ia dibangunkan sebagai platform yang mampu mengukur takat pencapaian merit keaktifan dan kompetensi mahasiswa melalui penglibatan kokurikulum, aktiviti dan program.

Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata, pelaksanaan indeks ini menitikberatkan penglibatan mahasiswa dalam lapan dimensi TUAH UTeM.

“Dimensi tersebut adalah akademik dan kerjaya; pengurusan dan kepimpinan; sukan dan rekreasi; budaya dan identiti nasional; sukarelawan, teknikal dan inovasi; keusahawanan dan etika serta rohani,” katanya.

Dr Sabri

Ujarnya, bagi setiap dimensi tersebut pula mahasiswa akan diberikan merit berdasarkan kepada enam indikator merangkumi penglibatan pelajar dalam program dan aktiviti mengikut jawatan, berdasarkan peringkat, pengiktirafan dan kemenangan yang diperoleh, kemahiran pelajar untuk rujukan, fasilitator atau mentor, penglibatan dalam organisasi/kelab/persatuan serta pencapaian akademik dan anugerah.

“Pemberian merit ini menampakkan tahap keaktifan mahasiswa melalui rumusan aras kompetensi TUAH UTeM yang diperoleh setelah tamat pengajian.

“Aras kompetensi TUAH UTeM adalah berdasarkan empat tahap pemarkahan yang diperoleh yang mana skor minimum 20 (kategori novis), skor 21-50 (kategori pertengahan), skor 51-80 (maju) dan skor melebihi 80 (cemerlang),” ujarnya.

Baca juga 

Cabaran generasi era digital

POLIMAS terima 328 pelajar baharu, bukti pendidikan TVET terus menjadi pilihan

Dr Sabri menjelaskan, pelaksanaan TUAH Index ini tentunya menyuntik motivasi mahasiswa untuk melibatkan diri dalam program dan aktiviti sepanjang pengajian yang mana melalui sistem merit yang dilaksanakan ini, penglibatan dan pencapaian mahasiswa dapat direkodkan seterusnya menjadi platform rujukan sepanjang masa sama ada semasa pengajian atau setelah bergraduasi.

“Semasa pengajian, mahasiswa dapat mengukur dan memantau tahap penglibatan mereka dari semasa ke semasa seterusnya membuat perancangan bagi memastikan keterlibatan mereka dalam aktiviti dan program.

“Setelah bergraduasi pula, keterlibatan mahasiswa yang telah direkodkan dalam TUAH Index akan menjadi nilai tambah sewaktu sesi temuduga ketika ingin memasuki industri yang sebenar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Secara rumusannya, TUAH Index ini dibangunkan bagi memperlihatkan pembangunan mahasiswa yang lebih holistik dan bukan hanya menguasai akademik semata-mata tetapi merangkumi kemahiran insaniah sepenuhnya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, agenda ini adalah selari dengan Goal 2 Seven Strategic Goals UTeM iaitu Graduates of Choice yang mana mahasiswa UTeM yang dihasilkan adalah menepati kehendak industri.

Menjadi hasrat UTeM melahirkan graduan yang Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik (TUAH) yang profesional, beretika, ihsan dan daya juang yang tinggi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok