pexels-pixabay-35550
pexels-pixabay-35550

Permohonan PerantiSiswa fasa 2 kini dibuka, ini cara-caranya

Adlan Farhan Azwan
11 Aug 2022 02:25pm
A
A
A

Pelajar baharu yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) boleh memohon bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Permohonan tersebut yang dibuka sehingga 30 September ini telah diperluaskan kepada empat kategori iaitu

1. Pelajar Asasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

2. Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG).

3. Pelajar Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)

4. Pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Bagi fasa kedua, pelajar daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850 layak untuk membuat permohonan.

Pelajar yang telah memohonan PerantiSiswa fasa kedua dijangka akan menerima peranti berbentuk tablet pada Oktober dan November ini.

Bagi fasa pertama pula, pengagihan peranti dijangka dilakukan pada bulan ini dan September depan.

Cara-cara memohon

1. Layari laman sesawang perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna.

2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik Daftar.

3. Satu notifikasi akan dihantar kepada e-mel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.

4. Log Masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

5. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa.

6. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat

7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.

8. Klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan.

9. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.

Artikel berkaitan

MQA tawar geran penyelidikan, tingkat kualiti pengajian tinggi negara

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua bermula 1 Ogos, ini rezeki pelajar B40

4,150 peranti digital lengkap dengan pelan data selesai diagihkan kepada murid terpilih


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok