Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua bermula 1 Ogos, ini rezeki pelajar B40
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua bermula 1 Ogos, ini rezeki pelajar B40

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua bermula 1 Ogos, ini rezeki pelajar B40

Roshlawaty Md Raieh
20 Jul 2022 02:55pm
A
A
A

Permohonan bagi Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa kedua akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 September ini, demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom), Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, skop pemberian kali ini adalah lebih meluas iaitu meliputi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Oleh kerana terdapat pelajar baharu yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), K-Kom membuka sekali lagi permohonan untuk mendapatkan peranti pada tarikh yang dinyatakan.

“Penyampaian peranti fasa kedua dijangka dapat dilakukan sebaik sahaja proses permohonannya ditutup,” katanya pada sidang media di parlimen, baru-baru ini.

Anwar berkata, pelajar dalam kalangan B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan layak mengemukakan permohonan bagi program tersebut.

Berhubung permohonan bagi peranti fasa pertama, Annuar turut menjelaskan ia akan disampaikan pada bulan hadapan.

“K-Kom telah membuka permohonan secara dalam talian bagi fasa pertama, ada 100,000 permohonan yang sedang diproses Jawatankuasa Penilai sekarang dan penyampaian peranti bagi fasa pertama ini akan dibuat pada bulan hadapan,” katanya lagi.

Tambah beliau, perincian lebih lanjut mengenai jenis, spesifikasi, perincian jumlah yang diberi kepada IPTA dan IPTS akan dibentang pada 4 Ogos ini dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

INFO

Apakah PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

1) PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan sebuah tablet kepada mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para pelajar terus terpelihara.

Objektif inisiatif PerantiSiswa adalah untuk:

i) Membantu golongan pelajar IPT yang berada di dalam kelompok keluarga B40 mempunyai akses digital dalam menjalani pembelajaran di universiti melalui pemberian peranti mudah alih

ii) Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi merapatkan jurang digital dengan menambah baik elemen mampu milik peranti terutamanya mahasiswa golongan B40

Siapakah layak untuk memohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

1) Pemberian satu unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia

ii) Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah

iii) Sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, diploma lanjutan atau ijazah sarjana muda

iv) Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022

v) Mengikuti pengajian secara sepenuh masa

vi) Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah kerajaan

Artikel berkaitan 

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

3 ciri murni yang perlu diterapkan kepada guru Pendidikan Islam, ini senarai diperlukan!

8 tip kawal penggunaan gajet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok