WhatsApp Image 2022-12-05 at 5.26.35 PM
WhatsApp Image 2022-12-05 at 5.26.35 PM

Permohonan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 kini dibuka

Adlan Farhan Azwan
05 Dec 2022 06:01pm
A
A
A

Permohonan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 kini dibuka kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di negara itu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan permohonan tersebut dibuka sehingga 1 Januari tahun hadapan.

Ia terbuka kepada pelajar yang ingin mengikuti pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD) di universiti-universiti terpilih Arab Saudi.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Sains Politik, Undang-Undang, Pengkhususan Pendidikan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Pertanian, Syariah dan Pengajian Bahasa.

Untuk itu, bagi mereka yang berminat, syarat kelayakan memohon seperti berikut;

1. Lulus dengan kepujian.

2. Berumur antara 17 hingga 25 tahun bagi ijazah sarjana muda institusi pengajian bahasa Arab atau yang setaraf dengannya, 30 tahun bagi ijazah sarjana dan 35 tahun bagi ijazah kedoktoran.

3. Tidak pernah menerima biasiswa dari mana-mana institusi pengajian di Arab Saudi.

4. Pelajar wanita hendaklah diiringi oleh seorang penjaga (Mahram) yang berada di bawah tajaan atau pemegang permit biasa mengikut undang-undang.

5. Surat sokongan untuk pelajar pengajian tinggi.

Pelajar yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang https://studyinsaudi.moe.gov.sa/.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan

Republik Hungary buka peluang biasiswa kepada pelajar

Nurul Izzati sebak ditawar biasiswa zakat sepanjang pengajian

Pelajar UPM terima tajaan pengajian daripada Menteri Besar Selangor


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok