Untitled design (4)
Untitled design (4)

Republik Hungary buka peluang biasiswa kepada pelajar

Azleenda Sahaludin
02 Dec 2022 04:18pm
A
A
A

Tidak dapat dinafikan, peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah impian yang dipendam dalam diri setiap pelajar di negara ini.

Mana tidaknya, peluang ini boleh diibaratkan seperti sambil menyelam minum air yang membawa maksud, menuntut ilmu sambil melihat keindahan dan kelainan budaya negara asing.

Namun begitu, kos yang tinggi juga diperlukan demi menampung perbelanjaan kehidupan seharian serta perlu membayar yuran universiti yang ditetapkan.

Bahkan, ada sesetengah pelajar sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar agar impian dapat diteruskan.

Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir pelajar yang sememangnya layak untuk menyambung pelajaran ke luar negara, namun tidak dapat direalisasikan disebabkan kekangan yang terpaksa dihadapi, terutamanya melibatkan kewangan.

Namun kini, ia bukan lagi satu kerisauan apabila kerajaan Republik Hungary mengumumkan tawaran biasiswa Stipendium Hungaricum kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk menyampung pelajaran di negaranya.

Tawaran biasiswa ini melibatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah bagi sesi akademik 2023/2024 di universiti yang terpilih.

Ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan pendidikan dua hala antara Malaysia dan Republik Hungary di samping memperkukuhkan kerjasama pendidikan antara negara tersebut dengan negara-negara Asia.

Cara memohon.

Pelajar yang berminat boleh membuat pemohonan dengan merujuk syarat yang telah ditetapkan secara dalam talian menerusi laman sesawang https://apply.stipendiumhungaricum.hu/ dan hantar salinan permohonan kepada international@mohe.gov.my.

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar sehingga 16 Januari tahun depan dan untuk maklumat lanjut boleh melayari https://stipendimhungaricum.hu/.

Jadi apa tunggu lagi. Rebutlah peluang yang disediakan ini agar impian yang dipendam dapat dicapai.

Artikel berkaitan

Nurul Izzati sebak ditawar biasiswa zakat sepanjang pengajian

Tahniah…Terima biasiswa antarabangsa, 2 pelajar ini berjaya tamatkan program pertukaran di Korea Selatan

Tajaan biasiswa pelajar sarjana muda serata Asia Tenggara dibuka, mohon sebelum 16 April 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok